Wednesday, May 12, 2010

Tip-tip rahsia menjana “Traffic” ke laman web anda

Berikut adalah gambaran kasar konsep “relationship” iaitu hubungan antara pengunjung laman web anda “visitors” dan peluang untuk berjaya dalam perniagaan online. Peningkatan penjanaan “traffic” akan meningkatkan kebarangkalian perniagaan online anda berjaya.
Traffic = visitors
Visitors=leads
Leads=click
click=buyer
Buyer=profit
Di sini saya ingin menunjukkan beberapa cara mudah, tip-tip atau rahsia untuk menjana “traffic” ke laman web anda.

Forum
Forum adalah yang paling mudah tetapi berkesan. Apa yang perlu anda lakukan adalah libatkan diri dalam mana-mana forum yang membincangkan tentang topik-topik yang berkaitan dengan laman web anda. Letakkan “signature” pada forum ID anda. Pastikan “signature” anda mampu menarik perhatian komuniti forum tersebut untuk klik pada link dan menunjungi laman web anda.
Tetapi, satu post anda tidak menjamin komuniti forum ke laman web anda. Pastikan anda aktif dan tunjukkan kredibiliti anda dalam mana-mana topik yang diminati. Anda akan dihargai dan komunity forum akan menjadi pengikut anda jika anda selalu memberikan pendapat and jawapan kepada soalan-soalan mereka.
Kebanyakan pengguna internet bertujuan untuk mencari jawapan atau penyelesaian kepada sebarang masalah. Anda perlu berikan apa yang mereka perlukan untuk dapatkan kepercayaan mereka. Anda akan mendapat pandangan mereka pada sebarang produk yang anda usulkan.
Penglibatan dalam forum adalah baik untuk jangkamasa yang panjang kerana anda menonjolkan kredibiliti anda dalam forum tersebut etapi ia mangambil sedikit masa untuk mencapai tahap tersebut bergantung pada komitmen anda.

Pertukaran Link
Teknik ini agak sukar jika anda masih baru dalam pasaran internet “internet marketing “. Kebanyakan pakar di luar sana tidak berminat untuk melakukan pertukaran link sekiranya laman web anda mempunyai raking rendah dan tidak kelihatan professional. Jangan putus asa! Anda boleh lakukan pertukaran link dengan teman baru anda, keluarga atau saudara-mara.
Mengapa perlukan pertukaran link?
BIla seseorang melawat laman web yang mangandungi link laman web anda, ada kebarangkalian link anda akan diklik. Untuk meningkatkan kebarangkalian tersebut, jangan lakukan pertukaran link dengan competitors atau saingan laman web yang mempunyai kandungan dan kecendurungan yang sama dengan anda. Sebagai contoh, sekiranya laman web anda berkaitan dengan gadget computer, lakukan pertukaran link dengan laman web permainan video dengan menceritakan tentang gadget yang sesuai dan baik untuk mereka. Ini memberi faedah kepada kedua-dua laman web. Selain itu, link yang point ke sesuatu laman web daripada laman web yang lain seperti mendapat undi dari google. Lebih banyak link, lebih banyak undi anda perolehi. Laman web anda layak untuk mendapat tempat di muka depan google sekiranya banyak link menghala ke laman web anda.

Penghantaran Artikel
Aspek paling penting untuk menjana “traffic” ke laman web adalah dengan mempromosikan laman web anda melalui direktori-direktori arikel seperti “ezineartikel.com” dan “goarticle.com”. Direktori-direktori artikel ini memiliki alexa rank yang baik dan diminati oleh google. Oleh itu, sebarang ini kandungan yang terpapar akan mendapat ranking tinggi di dalam google. Saya dapati kebanyakan artikel di situ mendapat muka pertama “first page” untuk topic yang dibincangkan di dalam google tanpa agen pencarian optimum lain. Traffic ke laman web anda akan meningkat setiap hari.
Kebanyakan pakar mengatakan ini adalah teknik hebat yang tidak memerlukan sebarang kos dan hanya perlu komitmen.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget