Wednesday, June 16, 2010

Soal jawab: Alami jangkitan alat kemaluan

BARU-BARU ini saya mengalami jangkitan. Mungkin melalui hubungan seks bersama isteri saya. Ada beberapa tanda, pertama ada ulser pada kemaluan saya dan ada bengkak pada celah kangkang.

Saya sudah ke klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi diberi tempoh seminggu, jika tidak pulih, saya perlu ke klinik semula bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Apa masalah yang saya hadapi sebenarnya? Mohon doktor jelaskan?

HAKIM
Cheras

Jangkitan yang didapati daripada hubungan kelamin ialah jangkitan penyakit kelamin. Ia kerap berlaku apabila individu yang sihat itu melakukan hubungan intim dengan individu yang membawa penyakit.

Individu itu boleh jadi pasangan hidup dan tidak semestinya pelacur atau sesiapa yang tidak dikenali atau kawan rambang.

Jangkitan itu boleh dijangkiti melalui hubungan seksual penetratif atau melalui seks oral atau melalui seks anal dan jarang sekali berlaku melalui ciuman basah.

Jika wujud sesuatu gejala, seharusnya pemeriksaan perlu dilakukan oleh doktor untuk mengenal pasti jenis jangkitan supaya rawatan sewajarnya dapat diberi.

Kudis atau ulser yang berlaku di bahagian penghujung zakar itu mungkin gejala jangkitan kelamin. Daripada corak dan keadaan kudis itu, doktor dapat menentukan jangkitan seperti kudis yang tidak sakit itu jenis kudis akibat serangan kuman siflis, walhal kudis yang kelihatan kecil dan bermula dengan gelembung yang pecah itu ialah kayap atau herpis.

Jarang kudis itu terhasil daripada kecederaan anggota akibat terluka ketika bersetubuh dengan cara ‘ganas’ atau hasil kecederaan ketika ereksi iaitu seks oral (terkena gigi yang tajam dan terdedah dengan kuman dalam mulut).

Bagaimanapun, kedua-dua pihak perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan itu.

Memang sukar untuk mengetahui jenis jangkitan yang anda alami, kecuali melalui ujian darah. Jadi saya harap anda bersabar.

Mungkin jangkitan yang anda alami itu bukan jangkitan penyakit kelamin, mungkin gejala penyakit lain.

Klik untuk ke laman web

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget