Sunday, June 20, 2010

Soal jawab: Ragu-ragu jalani ujian air mani

SAYA dan suami merancang mendapatkan anak kedua. Namun selepas tujuh bulan mencuba, tiada tanda positif saya hamil.

Saya ingin mencadangkan suami melakukan ujian air mani, tetapi dia ragu-ragu. Bagaimanakah prosedur ujian air mani dilakukan dan di manakah tempat sesuai untuk menjalani ujian itu?

MAI
Bentong, Pahang

Setiap pasangan yang pernah mendapat cahaya mata dan merancang tambah bilangan anak tetapi tiada apa-apa perkembangan positif dalam tempoh setahun perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.

Bagi suami, pemeriksaan fizikal dan buah zakar serta ujian air mani dilakukan manakala bagi si isteri, pemeriksaan kepastian kemampuan menghasilkan telur dan ujian X-ray salur reproduksi iaitu rahim dan salur telur untuk menentukan sama ada wujud sebarang masalah atau sebaliknya.

Jika semua ujian normal, mungkin mereka berdua boleh mencuba kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi seperti penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI. Jika masih tiada apa-apa hasil, cuba kaedah bayi tabung uji atau IVF.


Tiada jaminan kehamilan akan berlaku kerana itu kuasa Tuhan. Yang mustahak ialah pasangan itu berusaha dan bukan sekadar mendiamkan diri atau tidak mahu buat apa-apa kerana ego.

Ujian air mani perlu dilakukan di makmal dan atas rujukan doktor. Jadi, suami perlu jumpa doktor terlebih dulu dan mendapatkan borang melakukan ujian air mani di makmal yang disyorkan doktor. Puan juga perlu menjalani pemeriksaan seperti saya senaraikan di atas.

Kadar kehamilan untuk wanita menurun sebanyak 80 peratus selepas umur 40 tahun. Lelaki berumur lebih 40 tahun pula banyak menghasilkan sperma yang kurang aktif dan berbentuk tidak normal.

Klik untuk ke laman web

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget