Monday, November 22, 2010

Soal jawab: Benjolan di bawah ketiak

SAYA ada masalah benjolan kecil di bawah ketiak dan ia mengeluarkan isi seperti jerawat apabila dipicit. Ia sudah lama berlarutan tapi masih sama.

MEL
Pontian, Johor


Lelaki dan perempuan yang suka cabut bulu roma atau mencukur bulu roma ketiak akan mengalami benjolan kecil seakan-akan jerawat itu.

Ia berlaku akibat radang kulit ketiak yang berpunca daripada mencukur atau mencabut bulu roma, dan radang kulit itu menyebabkan salur pundi peluh dan pundi pelembap kulit tertutup, radang dan bengkak.

Benjolan akan reda jika radang reda dan infeksi terkawal. Benjolan itu dikenali sebagai ‘hidradenitis supprativa’. Memicitnya membuatkan radang itu menular dan benjolan menjadi lebih ketara.

Malah, perkara ini boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh badan mengandungi bulu roma seperti anggota kelamin dan untuk lelaki, dada yang banyak bulu.

Anda perlu bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan jika keadaan benjolan itu tidak surut kerana kemungkinan masalah lain atau cara anda lakukan tidak sesuai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget