Monday, November 22, 2010

Soal jawab: Khatan atasi masalah

MASALAH yang saya hadapi adalah berkaitan ‘fore skin’ (atas alat sulit) kerana ia sukar untuk membuka ketika melakukan hubungan seks. Pada masa yang sama, sperma yang dihasilkan berbau busuk akibat sukar untuk membersih selepas melakukan hubungan serta ketika mandi.

Adakah membuat pembedahan atau berkhatan adalah cara yang baik? Untuk pengetahuan doktor, saya bukan beragama Islam.


KRIS
Petaling Jaya, Selangor


Sememangnya bahagian penghujung anggota kelamin lelaki atau ‘glans penis’ di selindungi kulit penutup bergelar kulop atau ‘fore skin’. Untuk lelaki Islam dan Yahudi, kulit penutup alat sulit itu dipotong atau ‘circumcised’ dan istilah yang digunakan untuk menggambarkan situasi ini ialah berkhatan atau ‘circumcision’.


Prosedur berkhatan menjadi rawatan untuk lelaki yang mempunyai kulop sempit seperti yang anda alami. Keadaan ini dikenali sebagai phimosis dan cara menyelesaikan masalah anda itu ialah melalui prosedur berkhatan.

Selain phimosis, terdapat juga lelaki yang mempunyai pembukaan kulop yang separa sempit iaitu penghujung alat sulit boleh boleh keluar tetapi sukar kembali ke dalam corongnya dan jika keadaan itu berlaku kepala alat kelamin lelaki itu akan tercerut! Keadaan ini dikenali sebagai paraphimosis.

Masalah ini juga boleh diatasi melalui prosedur berkhatan. Kini ia menjadi amalan biasa untuk kebanyakan lelaki yang mahu anggota kelamin mereka sihat, bersih dan berdaya tahan.

Kajian yang pernah dijalankan Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan prosedur berkhatan ialah satu-satunya prosedur yang disyorkan kepada lelaki untuk mencegah penyakit kelamin berbahaya HIV/AIDS.

Jadi jika anda bercadang untuk menjalani prosedur berkhatan ini, maka anda sudah masuk dalam golongan lelaki yang sihat. Perkara seperti penghujung alat sulit tidak keluar dan selepas mencapai klimaks, air mani bertakung dan memberi bau yang kurang menyenangkan seperti yang anda alami tidak akan berlaku lagi jika anda menjalani prosedur berkhatan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget