Monday, November 22, 2010

Soal jawab: Krim elak sakit semasa seks

ADAKAH berbahaya sekiranya saya dan pasangan mengamalkan penggunaan krim ‘vaseline ointment’ untuk mengelakkan rasa sakit dan berasa kesat apabila melakukan hubungan kelamin?

INSAN KELIRU
Kuala Lumpur


Jarang wanita muda mengalami kekeringan pada alat sulitnya. Jika wanita itu seriau dan tidak mudah teruja, anggota kelaminnya kurang terangsang dan jalanan darah ke anggota kelaminnya tidak lancar, maka mukosa dalam alat sulitnya kurang menghasilkan rembesan.

Dalam keadaan begini, hubungan seks penetratif boleh menyakitkan dan ini, secara tidak langsung, meningkatkan kekeringan yang asalnya berlaku itu kerana perasaan sakit itu.

Tidak salah menggunakan pelicin untuk keselesaan seks penetratif bagi pasangan perempuan tetapi anda perlu pastikan pelicin itu selamat dan sesuai untuk mukosa alat sulit wanita dan kesihatan sperma atau benih lelaki.

Pelicin yang berasaskan air atau jeli sesuai dan mesra mukosa dan kandungan flora dan fauna alat sulit dan mudah dibasuh dan tidak melekit.

Pelicin yang berasaskan minyak seperti krim atau jeli seperti ‘vaseline’ tidak mesra mukosa alat sulit dan boleh membunuh sperma. Lagi pun ia sukar untuk dibasuh.

Saya cadangkan anda lebihkan dengan pemanasan dan gunakan air liur untuk melembapkan pembukaan alat sulit ketika menggesel bahagian itu dengan penghujung ereksi anda.

Kadangkala menggeselkan bahagian antara bibir kecil iaitu bahagian vestibule dengan penghujung ereksi dapat ‘membarakan’ perasaan syahwat pasangan anda dan merangsang rembesan yang mencukupi untuk melicinkan kemasukan ereksi.

Anda boleh cadangkan pasangan anda melegakan pembukaan alat sulitnya sambil dia memasukkan penghujung ereksi anda ke dalam corong alat kelaminnya. Ini lebih selesa daripada anda mencuba menolakkan ereksi anda sebelum dia melegakan kemutan. Jika anda dan pasangan masih perlukan pelicin, saya syorkan pelicin bernama Top Gel keluaran DUREX yang boleh dibeli di mana-mana farmasi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget