Monday, November 22, 2010

Soal jawab: Masalah kerap mimpi basah

SAYA berusia 22 tahun. Masalah saya ialah kerap mimpi basah, walaupun ada ketikanya tidak mengalami mimpi berkaitan seks. Ia berlaku apabila saya letih disebabkan tidak cukup tidur pada waktu malam.

Akhir-akhir ini saya memang selalu tidak tidur malam. Saya sebelum ini kerap melakukan onani, tetapi kini berjaya mengawalnya. Apa nasihat doktor mengenai masalah saya? Apa pendapat doktor mengenai penggunaan minyak lintah? Adakah ia boleh membantu?

MEL
Kemaman, Terengganu


Mimpi basah fenomena semula jadi untuk lelaki dan wanita. Lelaki kerap mengalaminya kerana anggota sulit lelaki lebih terdedah dan sentuhan ke bahagian itu akan mencetuskan ejakulasi, walaupun dalam tidur.


Lelaki yang kerap onani biasanya jarang mengalami mimpi basah. Ada juga situasi yang mana mimpi basah kerap berlaku dan mengakibatkan lelaki itu letih dan lesu. Ini kerana keadaan ketidakstabilan sistem saraf.

Apabila fungsi sistem itu pulih, keadaan menjadi baik. Biasanya mimpi basah ialah pengalaman badan ketika tidur dan bukan masalah kesihatan.

Lintah ialah parasit yang kehidupannya bergantung kepada darah sebagai pemakanan. Lintah digunakan untuk perubatan daripada spesies Eropah untuk melegakan bengkak serta melancarkan pengedaran darah.

Banyak lintah digunakan untuk melegakan bengkak kecil. Lintah perubatan ini mengeluarkan air liur mengandungi ‘peptide hirudin’ yang mencairkan darah, jadi mudah untuk darah memasukinya.

Selain itu, lintah perubatan mengandungi kimia yang melegakan pembuluh darah dan juga sejenis kimia untuk memberi kebas.

Lintah jenis lain tidak mempunyai kimia itu. Jadi daripada segi perubatan, lintah perubatan dari Eropah yang dikenali sebagai lintah ‘medicinalis’ yang didapati menghasilkan ‘peptide hirudin’.

Kini, hirudin diproses secara sintetik di makmal dan tidak lagi diekstrak daripada lintah. Minyak lintah di pasaran tempatan mungkin tidak mengandungi peptide.

Lagipun peptide hanya mencairkan darah. Menggunakan minyak lintah untuk membesarkan zakar memang perbuatan sia-sia. Saya cadangkan anda baca dulu sebelum mencuba ramuan bukan-bukan yang dipasarkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget