Sunday, May 29, 2011

Kursus Kahwin

Assalamualaikum wrt. wbt.

Mengapa perlunya kursus kahwin? Kursus kahwin sememangnya sinonim bagi setiap pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang masing-masing. Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan adalah wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing yang kebiasaannya diadakan selama dua hari. Kursus ini digalakkan untuk diambil bersama pasangan masing-masing walaupun penyertaan secara individu adalah dibolehkan walaupun masing tidak mempunyai pasangan. Sijil penyertaan akan diberikan pada hari kedua setelah tamat kursus. Sijil perlu disimpan untuk kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkahwin nanti. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi pengalaman tentang kursus kahwin yang saya hadiri beberapa tahun lepas bersama dengan isteri saya di masjid negeri Shah Alam.

Kalau dah namanya kursus, majoriti akan menganggap ianya bosan. Majoriti pula beranggapan sebaliknya setelah tamat kursus. Kursus ini sebenarnya wajib dan penting kerana kita akan diajar akan apakah tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri apabila sudah berumahtangga kelak. Kursus ini boleh dikira sebagai "refresh" tentang apa yang dah dipelajari dalam Pendidikan Islam semasa alam persekolahan dahulu. Selain itu, kita juga akan diajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri.

Atas sebab itu, jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal-bakal suami atau isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin kelak.

Kursus kahwin ni taklah bosan seperti yang difikirkan kerana penceramah-penceramah yang dipanggil hadir sangat-sangatleh ok, sporting dan open dengan lawak jenaka yang diselitkan dalam ceramah-ceramah berinfomasi yang disampaikan. Boleh kata tak bosanlah, dua hari kat situ. Ade yang sampai gelak tak hingat.......

Dalam berjenaka dan bergelak tawa sepanjang kursus, apa yang penting adalah isi kandungan yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah anda akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya.

Jika anda ingin berumahtangga, atau sekiranya anda ingin mengikuti kursus kahwin ini, pergi la daftarkan diri anda secepat mungkin. Tak menyesal kalau amik awal, last-last kena gak unless nak membujang sampai ketua. Dah tua baru nak ambil pon segan gak pasal majoriti peserta muda-mudi belaka. Yang dah dapat sijil tu, segera-segerakanlah yer.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget