Monday, May 30, 2011

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Berkahwin

Kebanyakan pasangan hanya bercakap mengenai persiapan perkahwinan mereka berbanding kehidupan selepas mereka berkahwin. Adakah penting untuk anda berbincang mengenai perancangan anda selepas anda berkahwin? Sudah tentulah sangat penting. Dengan berbincang mengenai harapan, perancangan, ketakutan dan aspirasi anda bersama pasangan anda sebelum melangkah ke alam perkahwinan, anda berdua mampu untuk bekerjasama dalam mengekalkan perkahwinan tersebut. Bincangkan mengenai persoalan-persoalan berikut :

Kenapa anda berdua berkahwin?
Adakah anda berdua ingin melangsungkan perkahwinan ini kerana anda saling menyayangi atau anda hanya ingin membahagiakan keluarga anda? Bincangkan dengan pasangan anda mengenai perkara ini dan senaraikan 10 sebab mengapa anda berdua perlu berkahwin. Mungkin kerana anda saling sayang menyayangi dapat mengukuhkan lagi sebab mengapa anda berdua perlu berkahwin. Tetapi, sekiranya perkara yang anda senaraikan amat berlawanan dengan pasangan anda, ini menunjukkan petanda yang tidak baik. Mungkin perspektif anda berdua yang berlainan menunjukkan perbezaaan yang terdapat di dalam keperluan cinta dan kasih sayang anda berdua. Mungkin dengan menyenaraikan 10 perkara ini dapat memberikan anda berdua gambaran yang jelas perbezaan keperluan anda terhadap pasangan anda sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan.

Apakah peranan anda sebagai seorang bakal suami atau isteri?
Perkara ini amat penting kerana kebanyakan daripada lelaki memikirkan mereka mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengawal seorang isteri. Ia mungkin betul. Lagipun, syurga adalah di bawah telapak kaki suami yang seorang isteru perlu sanjungi dan hormati. Tetapi, lelaki patut mengetahui bahawa kerjasama di antara suami dan isteri adalah amat penting kerana isteri bukanlah seorang hamba, mesin seks atau ‘habuk di ibu jari kaki anda’. Pada zaman sekarang, anda tidak disarankan untuk memegang konsep atau peranan seorang suami ‘traditional’. Dan bagi skop peranan seorang isteri pula ialah untuk mencintai, menyayangi, menyokong seorang suami dalam apa jua keadaan pun. Jadi sekiranya anda berdua memahami peranan masing-masing, anda berdua mungkin layak untuk bersama.


Adakah anda mempunyai perkara yang anda takuti mengenai perkahwinan?
Sekiranya anda mempunyai sesuatu perkara yang anda takutki mengenai perkahwinan, ia adalah suatu perkara yang normal. Kebiasaannya, perkara yang pasangan takuti ialah mengalami perkahwinan yang terputus di tengah jalan, tanpa hubungan seks, masing-masing tidak mahu bertegur sapa, tiada ucapan romantik, kesengsaraan dan sebagainya. Cara yang terbaik untuk mula berbincang mengenai persoalan ini ialah dengan berbincang mengenai perkahwinan ibu bapa anda sendiri. Bincang, apa yang anda berdua dapat belajar melalui pemerhatian anda terhadap perkahwinan mereka dan perkara yang anda tidak suka dan tidak akan mengulanginya di dalam perkahwinan anda.


Adakah anda berdua menginginkan anak?
Apabila menyentuh mengenai persoalan ini, mungkin ia kedengaran agak ‘poyo’. “Wah! Kawin pun belum, dah nak borak pasal anak.” Huhu. Bagi saya, tidak salah untuk membicarakan soal ini bersama pasangan anda sebelum anda berdua menuju ke alam perkahwinan. Bukan berapa orang anak yang kita mahu tahu tetapi dari sudut psikologi, melalui persoalan ini, kita akan dapat mengetahui bahawa adakah anda berdua mempunyai pendapat pendapat yang sama dalam aspek perancangan keluarga. Ini bukan perkara yang remeh-temeh kerana ia boleh menjadi punca pergaduhan suami isteri selepas mereka berkahwin.

Dalam memastikan sesebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat, anda mungkin perlu menggariskan beberapa perkara berikut :
  • Kami menginginkan perkara yang sama di dalam kehidupan kami
  • Kami mempunyai persamaan moral, matlamat dan sikap yang penting dalam kehidupan kami·
  • Kami mempunyai pendapat yang sama mengenai anak dan bagaimana cara kami ingin membesarkan mereka
  • Jangan jangakan bahawa sesuatu perkahwinan itu akan merubah kami menjadi orang lain (tidak sama ketika kami bercinta)
  • Kami telah berbincang dan mempunyai perancangan yang jelas dalam menentukan masa depan keluarga kami

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget