Wednesday, May 18, 2011

Soal Jawab: 5 tahun kahwin tiada anak

SAYA berumur 28 tahun dan suami 34 tahun. Kami sudah berkahwin hampir lima tahun dan masih belum memiliki anak.

Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mendapat anak tapi masih belum berhasil. Pemeriksaan dengan doktor pakar menyatakan saya normal kecuali air mani suami agak kurang kualitinya ketika pemeriksaan pertama tetapi pada pemeriksaan kedua, ia normal.

Ada yang menyatakan jika suami dan isteri memiliki jenis darah yang sama, ia menyukarkan pasangan mendapat anak. Saya dan suami mempunyai darah jenis B+. Adakah kenyataan itu benar?

IENA,
Pasir Gudang, Johor



MITOS mengenai mempunyai jenis darah yang sama bagi pasangan adalah tidak benar.

Anda tidak menyatakan lebih lanjut mengenai 'pelbagai usaha' yang anda lakukan. Bagi pasangan yang didapati tidak mempunyai masalah, secara ringkasnya ini bermakna:

  • Anda sudah menjalani pemeriksaan termasuk ultrabunyi melalui faraj secara bersiri untuk pemantauan pembesaran telur dan penebalan lapisan endometrium rahim yang optimum.
  • Anda tidak mempunyai masalah berkaitan seperti senggugut, sakit ari-ari, lelehan faraj, kitaran haid dan imbasan ultrabunyi mengesahkan rahim dan kedua-dua ovari anda berada pada lokasinya.
  • Pengesahan tiub fallopio menggunakan ujian sinaran-X (HSG) ataupun secara pembedahan diagnostik (laparoskopi).
  • Anda dan suami tidak merokok (merokok walaupun secara pasif boleh mengurangkan kesuburan wanita dan menyebabkan keguguran).
  • Suami mempunyai bilangan dan kualiti sperma yang mencukupi.

Sekiranya didapati tiada masalah, anda boleh memilih untuk menjalani rawatan secara permanian berhadas (IUI) pula. IUI didapati meningkatkan peluang kehamilan sebanyak empat hingga lima kali ganda bagi pasangan yang didapati tidak mempunyai masalah di atas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget