Wednesday, May 18, 2011

Soal Jawab: Cecair keluar dari payudara kiri

SAYA berusia 25 tahun dan belum berkahwin. Sejak akhir-akhir ini, saya mendapati terdapat cecair yang berwarna putih (seperti air susu cair) keluar daripada puting payudara kiri saya.

Ia keluar setelah dipicit, tetapi tidak begitu banyak. Saya mula menyedari masalah ini sejak beberapa minggu kebelakangan ini iaitu cecair berkenaan keluar setiap kali dipicit.

Beberapa tahun lalu, masalah sama pernah berlaku pada payudara kanan, tetapi ia cuma seketika. Untuk pengetahuan doktor, saya juga sering mengalami lenguh-lenguh dan sakit di sekitar lengan kiri dan payudara kiri.

Apakah masalah yang saya hadapi ini? Adakah ia petanda barah payudara?


NURUL, Muar, Johor


MUNGKIN ia hanya susu dan tidak ada apa yang perlu dibimbangkan, ini boleh berlaku apabila payudara atau puting selalu dirangsang secara manual.

Bagaimanapun, elok anda menjalani pemeriksaan doktor. Pada masa sama, doktor juga boleh memberi tunjuk ajar cara melakukan pemeriksaan payudara sendiri untuk mengesan kelainan atau ketulan.

Kebanyakan pemeriksaan kesihatan anjuran kempen tertentu yang diadakan juga ada menyediakan perkhidmatan ini secara percuma. Seeloknya pemeriksaan sendiri payudara dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan, manakala pemeriksaan oleh doktor pula sekali dalam setahun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it