Wednesday, May 18, 2011

Soal Jawab: Darah keguguran tak henti

ISTERI saya keguguran pada 7 Februari lalu tetapi masih berlaku pendarahan (seperti penghujung haid) tanpa pernah berhenti sehingga sekarang.

Kami sudah merujuk pada klinik swasta dan doktor menyatakan isteri saya kedatangan haid serta tiada masalah. Cuma kami risau pendarahan yang tidak pernah berhenti itu mendatangkan masalah lain.

HASROL,
Kuala Lumpur


SEKIRANYA pendarahan yang dialami isteri anda itu bermula sejak ‘kegugurannya’, maka ia penting diperiksa.

Anda tidak menyatakan bagaimana ‘kehamilan’ isteri anda disahkan, sama ada melalui ujian air kencing sahaja atau termasuk pengesahan ultrabunyi yang menampakkan kantung kandungan dan lebih tepat lagi, kehadiran jasad janin serta degupan jantungnya sebelum ia mengalami keguguran.

Selain itu, ‘jasad’ yang keguguran juga boleh dilakukan ujian makmal bagi mengesahkannya. Setidak-tidaknya ia dapat memberitahu ‘kandungan’ itu berada di dalam rahim sebelum keguguran, bukannya disalah sangka sedangkan ia mungkin sebenarnya kandungan ektopik (yang juga keguguran).

Berjumpalah doktor untuk menjalani pemeriksaan serta beberapa ujian seperti darah dan ultra bunyi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget