Wednesday, May 18, 2011

Soal Jawab: Haid berterusan 23 hari selepas Caesarean

SAYA berusia 30 tahun, baru melahirkan anak kembar secara pembedahan Caesarean.

Ini adalah kelahiran anak ketiga. Kemudian selepas 46 hari, saya mula memakai implan untuk tujuan menjarakkan kehamilan.
Masalahnya kini, apabila saya datang haid, darah haid saya tidak habis walaupun sudah masuk hari ke-23.

Namun begitu, darah haid yang keluar tidak banyak dalam sehari, hanya beberapa titik sahaja. Persoalannya, adakah keadaan saya disebabkan pemakaian implan atau sebaliknya?

ATIE, Perak


SAYA nasihatkan eloklah anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Waktu sebegini juga adalah waktu anda mendapatkan rawatan susulan selepas melahirkan bayi.

Pemakaian implan lazimnya menyebabkan haid yang sedikit-sedikit sahaja (oligomenorea) atau haid tiada langsung (amenorrhoea).

Namun, sebahagian kecil boleh mengalami sebaliknya iaitu haid yang banyak dan berpanjangan. Bagaimanapun, memandangkan terdapat penyakit lain yang juga memberikan petanda gangguan haid yang sama, eloklah anda menjalani pemeriksaan terlebih dahulu untuk mengecualikannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget