Wednesday, May 18, 2011

Soal Jawab: Haid tidak teratur

SAYA berusia 24 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga akhir tahun ini. Saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur sejak dulu lagi.

Untuk pengetahuan doktor, saya pertama kali didatangi haid pada usia 11 tahun. Jika saya tidak datang haid tiga bulan saya ke klinik dan doktor memberikan ubat hormon. Kemudian, haid saya teratur selama dua atau tiga bulan saja.

Akhir sekali saya mengambil ubat hormon pada September 2010. Sekarang haid saya masih lagi tidak teratur dan haid terakhir saya pada Disember 2010. Pada masa sama, badan saya agak berisi.

Ramai yang mengatakan, apabila berkahwin, peratusan untuk hamil adalah rendah. Adakah saya tergolong dalam orang yang susah untuk hamil?


AISHAH,

Kuala Terengganu.


BESAR kemungkinan anda mempunyai masalah anovulasi atau oligo-ovulasi. Pengambilan ubat mendatangkan haid hanya menggantikan hormon progestogen yang tidak dihasilkan oleh ovari seseorang sekiranya dia tidak mengalami ovulasi pada kitaran haid terbabit.

Ini menyebabkan seseorang berasa terpaksa bergantung kepada ubat progestogen untuk mendapatkan haid.

Penting untuk mengesan punca asalnya agar ia dapat dirawat dari akar umbi kerana akhirnya ia dapat membantu seseorang itu mendapat kitaran haid yang teratur.

Sekiranya anda mengalami masalah sama ada anovulasi (telur tidak keluar pada setiap kitaran) ataupun oligo-ovulasi (telur hanya keluar pada kitaran tertentu iaitu jarang-jarang), ia memberi kesan kepada kesuburan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it