Wednesday, May 18, 2011

Soal Jawab: Ikuti prosedur D&C elak pendarahan

SAYA berusia 24 tahun dan pada 6 November 2010, saya keguguran semasa usia kandungan sembilan minggu.

Saya keguguran di rumah selepas pulang dari hospital kerana turun darah yang banyak tetapi doktor tidak melakukan cucian D&C pada saya. Adakah ia menyebabkan saya tidak boleh hamil? Adakah saya perlu bertemu pakar sakit puan untuk melakukan pemeriksaan lanjut?

SU,
Shah Alam, Selangor


D&C adalah prosedur pembedahan untuk mengeluarkan sisa kandungan. Sekiranya kandungan sudah habis keluar, D&C tidak perlu dilakukan.

Saya kurang jelas mengenai turutan kejadian yang anda alami itu, adakah anda:

(1) Dimasukkan ke hospital kerana mengalami sedikit pendarahan dan didiagnosa ‘ancaman keguguran’ kemudian pulang ke rumah setelah pendarahan berhenti tetapi di rumah pendarahan banyak berlaku akibat keguguran dan setibanya di hospital doktor mengesahkan anda tidak perlu menjalani D&C; atau

(2) Sudah disahkan keguguran sewaktu kemasukan ke hospital tetapi tidak perlu menjalani D&C dan kemudiannya anda pulang ke rumah tetapi mengalami pendarahan banyak?

Pilihan pertama adalah turutan kejadian yang lebih logik.

Beberapa petanda keguguran sudah berlaku dengan lengkap tanpa memerlukan D&C:

  • Keluar ketulan daging (pada usia kandungan sembilan minggu) disertai pendarahan banyak tetapi kemudiannya pendarahan menjadi semakin sedikit

  • Pemeriksaan dalaman oleh doktor mendapati pintu rahim sudah mengecil atau menutup

  • Ultrabunyi mendapati ruang dalaman rahim sudah ‘kosong’.

    Mendesak doktor untuk melakukan D&C walaupun sebenarnya kandungan sudah habis keluar boleh memudaratkan. Istilah ‘cuci’ D&C sering disalah faham sebagai prosedur ringan secara membersihkan rahim menggunakan air sahaja.

    Prosedur mengikis menggunakan alat ‘curette’ boleh menghakis lapisan otot rahim pula (kerana lapisan desidua sudah habis keluar) dan menyebabkan masalah kesuburan atau haid. Sindrom Asherman sering dikaitkan dengan prosedur D&C ini.

    Selain itu, terdapat risiko lain seperti risiko pembiusan, jangkitan kuman, pendarahan, tusukan alat menembusi keseluruhan dinding rahim dan mencederakan usus, trauma pintu rahim dan seumpamanya.
  • No comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    There was an error in this gadget