Tuesday, May 24, 2011

Soal Jawab: Kerap ambil ubat sampingan

SAYA berusia 26 tahun dan berkahwin empat bulan lalu. Saya melakukan persetubuhan dengan suami dua hingga tiga kali seminggu. Saya mendapati lelehan banyak keluar dari kemaluan setelah suami menarik keluar alat sulitnya.

Adakah itu air mani suami yang keluar sehingga tidak dapat sampai ke rahim yang membuatkan saya belum hamil hingga sekarang? Cecair itu masih keluar selepas saya mencuci kemaluan selepas persetubuhan.

Saya juga ingin tahu, adakah pengambilan ubat-ubatan untuk sakit biasa seperti panadol atau pil herba dengan kerap boleh mengurangkan peluang untuk hamil memandangkan saya pernah menggunakannya sebelum berkahwin.

Saya berharap doktor dapat memberikan penjelasan memandangkan saya benar-benar ingin menimang cahaya mata.


ISTERI SETIA, Kelana Jaya


Anda dan pasangan merancang mendapat cahaya mata. Apa yang anda lakukan, iaitu kerap bersetubuh, sangat digalakkan untuk meningkatkan peluang hamil.

Begitupun, selepas bersetubuh anda tidak digalakkan bangun dan mencuci anggota kelamin. Ini kerana bergerak dan berjalan membuatkan air mani yang bertakung dalam penghujung faraj terkeluar. Selepas hubungan kelamin, anda perlu kekalkan posisi kangkang dan tidur mengikut posisi yang anda selesa.

Untuk mengelak air mani keluar dari faraj, selepas bersetubuh dan ketika pasangan anda melucutkan alat sulitnya, anda tidak seharusnya mengemut. Malah, anda perlu melegakan kemutan supaya air mani tidak mencurah keluar. Jika sedikit keluar, itu biasa.

Untuk mengelak angin memasuki faraj yang mungkin menyebabkan air mani keluar, pasangan anda perlu menggerakkan alat sulitnya dalam faraj.

Gerakan keluar masuk alat sulit suami menyebabkan angin masuk dan faraj menjadi sendat. Apabila selesai hubungan suami isteri, angin keluar bersama air mani.

Pengambilan pil tambahan atau herba dan panadol jarang memberi kesan negatif kepada tahap kesuburan anda. Jika dalam setahun anda dan pasangan belum mencapai kehamilan, anda berdua harus jumpa doktor.

Pasangan anda perlu menjalani ujian air mani untuk menentukan bilangan dan kualiti sperma dan anda pula perlu menjalani ujian pengesanan ovulasi.

Tekanan juga menggugat tahap kesuburan. Hubungan kelamin lebih seronok jika anda dan pasangan bercuti ketika anda dalam waktu subur. Kadangkala ubah tempat dan cuaca ada hikmah untuk mencapai kesuburan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget