Wednesday, May 18, 2011

Soal Jawab: Libia minora terlebih panjang

SAYA berumur 25 tahun dan akan berkahwin hujung tahun ini. Saya mempunyai masalah libia minora yang agak panjang.

Adakah masalah saya ini boleh mendatangkan masalah apabila saya berkahwin kelak? Saya sendiri tidak tahu panjang libia minora yang baik dan tidak cacat. Adakah libia minora saya tidak normal?

MINA,
Petaling Jaya, Selangor


JIKA labia minora anda berkeadaan begitu sejak dahulu lagi, besar kemungkinan anda tidak mempunyai apa-apa masalah atau penyakit pada bahagian itu.


Fungsi labia minora untuk menutup pintu faraj, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman ke dalam faraj. Tetapi jika ia terlalu panjang dan menyentuh bahagian berhampiran dubur, ia sebaliknya boleh mendorong jangkitan kuman ke bahagian kemaluan hadapan.

Sekiranya anda malu untuk mendapatkan pemeriksaan doktor sekarang, anda boleh menunggu sehingga selepas berkahwin, hamil atau bersalin kelak yang mana doktor boleh memeriksanya sewaktu melakukan pemeriksaan dalaman atau ujian Pap smear.

1 comment:

haz_nyza said...

saya berumur 21tahun dan belum berkahwin.saya juga mempunyai masalah dimana saiz labia minora antara kedua-dua belah tidak sama panjang dan besar..adakah ini normal??apakah puncanya?dan apakah kesannya terhadap saya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget