Wednesday, May 25, 2011

Soal Jawab: Sakit bila bergesel

SAYA rasa sakit dan senak jika testis bergesel dengan benda keras. Kerandut juga banyak urat dan tidak berasa sakit jika saya memicitnya. Selain itu, ada satu ketulan pada testis dan saya berasa was-was mengenainya.


SYAM, Langkawi

Lelaki mempunyai sepasang buah zakar. Kedudukan buah zakar tidak sama, kedua-duanya mempunyai kerandut atau skrotum sama tapi kantung (spermatic cord) berasingan.

Buah zakar juga diselaputi tiga lapisan pembalut yang berfungsi menyerap tekanan apabila buah zakar bergesel antara satu sama lain.

Jarang buah zakar terasa sakit kecuali dalam keadaan yang tertentu seperti pembuluh darah vena buah zakar kembang dan berpuntal hingga membuatkan ia terasa sensitif ketika tersentuh sesuatu atau ketika ereksi.

Begitu juga dengan penurunan batu karang dalam salur ureter memberi rasa sengal kepada buah zakar.

Selain itu, kebengkakan pada testis seperti ketumbuhan, hernia atau keradangan buah zakar boleh menyebabkan kesakitan.

Anda perlu berjumpa doktor untuk mengetahui punca sebenar testis menjadi sensitif. Jangan picit apa-apa bahagian dalaman buah zakar anda tanpa menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu kerana bimbang perbuatan itu boleh memudaratkan keadaannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget