Tuesday, June 28, 2011

Aku Kehilangan Payudara Tetapi Bukan Segala-galanya!

Cerita Siti Marlina telah memenangi hadiah di dalam Peraduan Radiology Malaysia MyStory: CeritaKu 2005 (19 Mac 2006). Cerita asal adalah dalam Bahasa Inggeris, “I lost my breast, but not everything else!” Bacalah di Radiologymalaysia

Aku tenang sahaja apabila mendapati terdapat satu ketulan pada bahagian bawah payudara kananku. Walaubagaimanapun, 3 bulan selepas harijadiku yang ke 28, aku diberitahu bahawa aku menghidapi penyakit kanser payudara.

Di hospital, aku digegaskan ke bilik 9 dan aku tertanya-tanya mengapa ramai orang dipanggil ke sana. Rupa-rupanya bilik itu adalah bilik yang diasingkan.

Di sinilah duniaku yang indah telah hancur. “Kanser”, kata doktor sambil menjeling ke rambutku. Inilah saatnya di mana hala tuju hidupku yang telah dirancang terpesong. Aku mempunyai pekerjaan yang baik dan dalam semester terakhir dalam ijazah Master. Aku sepatutnya bergaji besar, mengumpul wang sebanyak mungkin, merantau ke seluruh dunia dan menulis sajaksajak indah tentang kehidupan. Aku seharusnya menulis banyak cerita yang diilhamkan oleh mereka yang dijumpai sepanjang perjalananku. Dalam beberapa bulan lagi, aku sepatutnya bernikah dengan lelaki yang aku cintai. Ini semua tidak berlaku. Sebaliknya, aku berulang ke hospital dan berhadapan dengan penantian yang panjang di wad onkologi.

Bacalah kesudahan cerita Siti Marlina di Radiology Malaysia

Klik sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget