Tuesday, June 28, 2011

Dapatkah Kanser Payudara Dicegah?

Apabila kita memperkatakan tentang pencegahan dalam kanser payudara, kita sebenarnya ingin mengurangkan kemungkinan berlakunya kematian, simptom-simptom dan kesengsaraan supaya dapat meningkatkan kualiti kehidupan.

Oleh kerana kita tidak tahu punca sebenar kanser (walaupun penyelidikan masih terus aktif dijalankan), pencegahan dalam kanser payudara adalah berkait rapat dengan kesedaran tentang penyakit itu sendiri, pengesanan awal, menjauhi faktor-faktor yang berisiko bila mungkin dan membina cara hidup yang lebih sihat.

Pilihan ini adalah pilihan yang bijak. Ianya bukanlah secara langsung berkait dengan kemungkinan untuk tidak mendapat kanser. Akan tetapi pilihan harian seperti pemakanan yang baik, bersenam, tidak merokok atau tidak minum minuman beralkohol juga dapat mengelak penyakit-penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, strok dan banyak lagi penyakit-penyakit kronik yang lain.

Untuk lebih maklumat, bacalah artikel di: Radiologymalaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget