Tuesday, June 14, 2011

Mengapa berlaku kulit kering



Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa kulit sihat adalah kulit yang terjaga kelembapannya baik dari luar dan dalam. Kulit berpelembap adalah kulit berminyak yang tidak keterlaluan. Sebenarnya, di lapisan teratas kulit kita terdapat sel-sel yang dapat mengikat air untuk menjaga kelembapan kulit. Apa yang mengakibatkan ia menjadi kering adalah aktiviti-aktiviti seharian kita. Kita sering terdedah dengan iklim cuaca Malaysia yang tidak menentu dan pencamaran yang berlaku di luar rumah dan di tempat kerja. Kulit yang terdedah kepada penghawa dingin juga mampu menyebabkan ia kering. Selain itu penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai dengan kulit juga boleh menyebabkan ia hilang kelembapan. Ramai yang berfikiran bahawa penggunaan produk yang tidak sesuai menjadi penyebab kepada punca jerawat.

Kulit masih kering walaupun telah disapu krim pelembab
Walaupun dah disapu pelembab, kita masih belum sedar akan kekurangan air dalam badan. Kekeringan kulit juga mungkin disebabkan oleh penurunan kadar air pada lapisan kulit teratas. Peranan lapisan kulit pertama ini besar juga, memandangkan ia merupakan agen pelindung kepada keseluruhan permukaan kulit. Lebih-lebih lagi sekiranya anda mempunyai masalah atau penyakit kulit, elakkan sebarang penggunaan produk kecantikan terutamanya yang menyebabkan pengelupasan kerana ia hanya akan mengeringkan lagi kulit anda. Ini bermakna kesan pelembab muka anda gunakan tidak memberi sebarang kesan pada kulit anda.
Semakan usia seseorang wanita itu meningkat, makin cenderung kulit seseorang itu untuk mengering. Memang tidak dinafikan kerana keadaan dan kesihatan kulit wanita berbeza-beza mengikut peringkat umurnya. Namun begitu, masalah kulit kering anda masih boleh diatasi. Gunakan pelembab anti penuaan dan mempunyai agen pelindung suria.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget