Monday, June 27, 2011

Payudara

payudaraPenjagaan Kesihatan Payudara Bermula Dari Remaja

Semua orang seharusnya mempunyai kesedaran terhadap payudara sendiri. Dalam erti kata lain, anda perlu tahu jika ada sebarang perubahan; adakah ianya ketulan/benjolan, kulit yang menebal/kental, kulit berlipat/berkedut atau puting yang termasuk ke dalam yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Setengah orang memang mempunyai puting yang “tenggelam” tetapi ini merupakan keadaan semulajadi untuk orang tersebut.

Begitu juga jika terdapat perubahan saiz pada salah satu atau kedua-dua payudara ataupun terdapat kelainan apabila ianya digerakkan. Oleh itu, amat penting, setiap orang terutamanya kaum wanita harus mengenali ciri-ciri payudara sendiri. Ciri-ciri tertentu dan unik adalah dari segi saiz, bentuk, warna, unjuran, kontur, tekstur, posisi puting dan lain–lain. Tanpa mengenali payudara anda, bagaimana boleh mengecam perubahan dalam payudara anda? Salah satu cara untuk mengetahui payudara anda adalah pemeriksaan sendiri payudara (PSP).


Berikut adalah senarai himpunan artikel berkeaan Payudara untuk rujukan semua.

Artikel payudara


Soal Jawab bersama pakar sakit puan


Kisah pengidap kanser payudara


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget