Monday, June 6, 2011

Petua memilih taska, nurseri atau pengasuh anak

Saya ingin membincangkan petua memilih taska, nurseri atau pengasuh anak untuk pertimbangan semua? Apa yang penting bagi saya adalah seperti berikut:

  1. Lokasi – Berdekatan dengan tempat kerja. Ini memudahkan saya menjenguk anak yang ditinggalkan pada pengasuh in case of emergency, di saat-saat kecemasan semasa waktu pejabat. Macam-macam boleh berlaku tanpa kita duga terutamanya kalau anak yang masih kacil. Kadang- kadang boleh tertinggal botol susu ler, makanan anak, baju dll. Syok-syok dengar SinarFM on the way pergi ofis pengasuh call bagitau tu takde, ni takde. Kan susah tu kalau tempat kerja jauh nak kena patah balik. Kalau anak demam pun boleh keluar ofis kejap bawak pergi klinik. Banyak manfaat sebenarnya. Yang penting jimat masa, wang dan tenaga. Kalau boleh carik tempat pengasuh yang OTW ke tempat kerja. Kalau apa-apa senang nak bergegas ke tempat pengasuh. Benda-benda cam ni kena banyak beringat. Satu lagi kalau boleh, mestilah dekat dengan tempat kerja isteri. Bukan si suami.
  2. Yuran – Kalau boleh mestilah yang murah dan berpatutuan sesuai dengan khidmat yang diberikan. Setakat yang saya tau rate sekitar Kuala Lumpur dalam RM250-450 sebulan tak termasuk yuran tahunan dll. Kalau RM450 tu memang bagus dan sesuai bagi yang berkemampuan. Contohnya ada satu nursery kat area PJ pernah keluar majalah Pa&Ma, sebulan dalam RM450. Saya pernah hantar baby baru lahir saya kat situ. Pekerja majoriti Melayu dan memang khidmat mereka bagus sesuai dengan yuran bulanan. Mestilah kalau tak camne boleh keluar majalah...Pintu nurseri memang sentiasa berkunci dan bagus untuk keselamatan anak-anak. Baby-baby kecil juga diajar menggunakan 'flash cards' untuk perkembangan minda. Pengasuh nurseri tu memang well-trained dan memang kami berpuas hati. Anak kami pun sekejap ke kat situ pasal kami terpaksa pindah ke Shah Alam. Cari nurseri lain yang dekat dengan tempat kerja mama. Kalau yuran sekitar RM250 kena selidik dahulu betul-betul nurseri tu dan berapa lama dah beroperasi. Majoriti pekerjanya Indonesia. Kadang-kadang nurseri macam ni pandai berlakon. Cakap dah mandikan tapi still baby masih ada bau. Sebelum parents datang ambil, letak bedak banyak-banyak, letak minyak kat rambut. Ni saya cerita based pada pengalaman. Paling mengejutkan bila kami buat spot-check kat nurseri tu. Pengasuh dia warga Indonesia angkat baby masih kecil sebelah tangan secara kasar! Kami mamang terkejut dan terus tukar nurseri. Maybe tak semua nurseri camni. Kebanyakan pekerja warga Indonesia yang diambil dari belah-belah kampung orang asli kerana kos nya murah dong. Kos murah, yuran murah, kerja pun cam gitu-gitu jelah. Kalau nak hantar baby kecil tu fikir-fikirlah. Kalau anak dah besar dan boleh cakap takde masalah pasal kalau terjadi apa-apa budak-budak ni boleh report kat parents. kalau masih bayi nak report camne? Kami pun ended-up hantar kat pengasuh, surirumah yang buat part time jaga budak kat rumah. Yuran dalam RM250, tapi anak kami memang dijaga dengan baik. kualiti mantop le katakan. kikiki.
  3. Bangunan premis – Cari yang bersih, yang ada buat housekeeping. Takkan nak hantar anak kat tempat kotor. Mesti ada bilik asing untuk bayi. Kalau nurseri ada babyproof lagi bagus. Kami siap sediakan tilam sendiri. Kurangkan resiko jangkitan demam. Ada gak yang letak playpan kat rumah pengasuh. Apa-apa pun, yang paling penting adalah aspek keselamatan. Area rumah tu tak ada monyet, beruk etc. yang boleh mengancam bayi.
  4. Penjaga/Pengasuh – Tengok orang gak. Pastikan orangnya terurus. Rambut tak serabai. Pakai pakaian bersih dan kemas. Kalau dinilai berdasarkan keterampilan orang tu, boleh agak karekter dia macam mana. Percaya atau tidak untuk serahkan bayi kita pada orang lain untuk dijaga. Yang paling penting bagi saya adalah sifat penyayang tu mesti ada. Tahu cara-cara pegang bayi dengan betul dan lemah-lembut. Tak macam pengasuh warga Indonesia yang jaga anak kami dulu. Memang nampak kasar. Memang tak sedap hati masa nak tinggalkan anak kat nurseri tu, walaupun ketua dia orang Melayu yang hanya kerjanya mengarah. Kalau melawat nurseri silalah jenguk dan belek setiap ruang, corner, check keadaan bilik air, bilik bayi, bilik toddler, tilam bantal semua dan sila jadi cerewet. Awal-awal cerewet tak per.
  5. Penjagaan kanak-kanak lain – Sambil melawat tu cuba tengok cara kanak-kanak lain dijaga. Ni pun mustahak juga ni.
  6. Khidmat yang ditawarkan – Kalau nak bagi EBM, pastikan mereka tahu cara penyediaan EBM untuk anak anda. Klik sini untuk penerangan tentang EBM. Adakah mereka terima atau tidak? Adakah mereka memiliki 'bottle warmer' yang bersesuaian untuk EBM? Sekiranya khidmat EBM tak ditawarkan, pastikan mereka sanggup diajar pengurusan EBM oleh anda sendiri. Kami dulu siap sediakan 'bottle warmer' untuk pengasuh dan ajar mereka cara-cara pengendalian. Tak susah sebenarnya. Selain daripada tu, pastikan nurseri mandikan bayi, pagi dan petang. dll.
Satu petua dari saya, kalau anda seorang yang cerewet, anda mesti bijak ‘bermain’ dengan kata-kata. Kalau anda tak suka sesuatu dengan pengasuh anda, jangan terus terjah ‘jangan buat tu, jangan buat ni’ sebaliknya gunalah cara yang lebih diplomatik. Bertanya dahulu, fahami mereka dan baru anda terangkan apa yang anda hendak mereka tahu. Jadikan pengasuh anda seperti rakan anda. Barulah anak anda akan dijaga pengasuh seperti anak sendiri.....

Kita juga kena selalu bertanyakan akan perihal anak kita kepada pengasuh. Berapa jam dia tidur, berapa jam dia main. Cukup minum susu ke, kurang ke dll. Sentiasa pesan mereka untuk jaga anak anda baik-baik supaya mereka respect dan akan mengasuh anak anda seperti yang anda lakukan.

Kalau anak anda comot, lampin tak tukar pagi-pagi, kuku tak potong, anda jangan ingat orang akan buatkan untuk anda. Tetapi kalau anda buat persediaan terapi untuk anak anda sebelum diserahkan pada nurseri, Insya Allah orang akan buat macam mana yang anda buat. Mulakan segalanya yang terbaik dari rumah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget