Wednesday, June 15, 2011

Petua untuk kulit kering

Hai, kawan-kawan. Kali ini saya nak sharing tips atau petua untuk hindari masalah kulit kering yang menjadi salah satu sebab punca jerawat tak kira lelaki ataupun wanita. Petua ni saya jumpa di majalah untuk dikongsi bersama. Selamat mencuba.....

  1. Elakkan berendam terlalu lama dalam air. Merendam tubuh dalam air terlalu lama adalah tidak digalakkan. Jika anda mahu berendam, gunakan air suam. Elakkan penggunaan air yang terlalu dingin mahupun yang terlalu panas.
  2. Jangan terlalu kerap mencuci muka. Oleh sebab kulit kering, ramai yang mengamalkan mencuci muka setiap masa. Sesetengah orang siap membawa pencuci muka ke tempat kerja untuk tujuan tersebut. Penggunaan pembersih wajah berbuih hanya akan mengeringkan lagi kulit wajahmu. Cukup sekadar mencucinya dua kali sehari.
  3. Kurang minum air. Ramai sebenarnya yang malas untuk minum terutamanya wanita dengan alasan untuk kurangkan kekerapan ke bilik air. Sekiranya itu alasan anda, banyakkan pengambilan buah-buahan bagi menggantikan jumlah air dalam badan anda.
  4. Kurang bersenam. Ramai yang tidak gemar bersenam yang membawa kepada maslah kulit kering. Berpeluh bukan penyebab kehilangan kelembapan pada kulit anda. Pengeluaran peluh ketika bersenam sebenarnya menjana kelembapan kulit secara semula jadi. Jangan tunggu lagi. Lakukan aktiviti senaman anda setiap minggu dan rancang jadual senaman anda.
  5. Jenis pelembap kulit. Jenis pelembap yang sesuai dengan kulit anda adalah yang tidak meninggalkan kesan berminyak walaupun baru sahaja disapu pada wajah anda. Itulah pelembap yang sesuai sengan anda.

  6. Jika anda memiliki kulit sensitif, gunakan pelembap tanpa wangian dan lanolin.

  7. Pakai krim pelindung matahari yang sekurang-kurangnya mengandungi SPF 15 sebelum keluar dari rumah.
Selamat mencuba......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget