Monday, June 27, 2011

Sinopsis Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)

PSP adalah pemeriksaan payudara yang dilakukan oleh anda. PSP membolehkan anda mengenali payudara sendiri. Apabila PSP dilakukan secara tetap, iaitu, sekali sebulan, ia akan membolehkan anda mengesan kelainan dan perubahan pada payudara sendiri.

Bilakah masa yang betul untuk melakukan PSP?
Jika anda masih didatangi haid, PSP patut dibuat 3 hari selepas haid “berhenti” ataupun 7 hingga 10 hari selepas bermulanya haid anda. Kalau sudah putus haid ataupun telah membuat pembedahan rahim (histerektomi) ataupun untuk kaum lelaki, PSP patut dibuat pada hari (tarikh) yang sama setiap bulan.

Bagaimanakah saya boleh mengingati kelainan atau perubahan pada payudara saya?
Anda boleh merekodkan apa-apa perubahan atau kelainan dengan menggunakan gambarajah supaya anda boleh mengingati tempat terasanya kelainan dan ini membolehkan anda membuat perbandingan dari sebulan ke bulan yang berikutnya.

Haruslah diingati kebanyakan (80-90%) benjolan di payudara bukanlah kanser tetapi ketumbuhan tidak merbahaya (benign). Perasaan tidak “rata” atau penebalan terutamanya kalau terasa pada kedua-dua belah payudara adalah kerap dilaporkan dan selalunya merupakan tekstur payudara tersendiri.

Bagaimanakah melakukan PSP?
Ada 2 langkah untuk PSP. Memerhati keadaan payudara di hadapan cermin serta juga merasa payudara secara berbaring. Semasa sedang mandi, anda mungkin ingin melakukan PSP. Tangan yang bersabun memudahkan pergerakan untuk merasai benjolan pada payudara anda. Tetapi, ini merupakan teknik tambahan dan tidak patut menggantikan PSP cara berbaring. Cara berbaring yang betul akan meleperkan payudara dan mengelaknya daripada bergerak.

Sebuah bantal diletakkan di belakang bahu apabila memeriksa payudara cara berbaring seperti yang ditunjukkan oleh model dalam foto ini.




Untuk maklumat PSP selanjutnya, layari: radiologymamaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget