Friday, June 3, 2011

Tanda-tanda melahirkan anak

Akhirnya, tiba juga hari yang dinanti-nantikan. Selepas 9 bulan mengandungkan cahaya mata anda, sudah pastinya, inilah hari yang paling mendebarkan dan menggembirakan anda. Lebih mendebarkan apabila anda membayangkan proses kelahiran yang perlu anda lalui. Bagaimana mengatasi perasaan berdebar-debar dan gemuruh tersebut?
Perkara pertama yang perlu anda lakukan, ialah bertenang terlebih dahulu. Alihkan fikiran anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyenangkan, seperti mandi air hangat, baca buku, bersembang, main games, menonton filem kesukaan, dan sebagainya. Apa yang lebih penting, dapatkan info-info yang berkaitan dengan proses kelahiran sebanyak mungkin. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih tenang kerana anda sudah tahu mengenainya. Percayalah, segala sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya. Apa yang lebih penting, tabahkan hati anda di dalam melahirkan ‘lambang’ cinta antara anda dan suami anda.

Mengenali tanda-tanda kelahiran
Pada waktu ini, sememangnya, anda boleh melahirkan bayi anda pada bila-bila masa sahaja. Namun begitu, anda perlulah bijak membezakan antara tanda-tanda kelahiran palsu dengan yang betul. Harus diakui, sememangnya agak sukar untuk membezakan antara kontraksi palsu dengan kontraksi yang benar..
Sebagai panduan, kelahiran sudah hampir apabila:
Rasa sakit ketika kontraksi bermula dari rahim dibahagian atas, lalu merebak ke bagian atas tulang kemaluan. Lama-kelamaan kontraksi akan menjadi teratur, serta kesakitannya semakin kuat. Keluar cairan jernih, berwarna putih kekuningan, dan banyak jumlahnya. Ini adalah air ketuban yang pecah. Dari vagina, keluar lendir bercampur darah.
Sebenarnya, terdapat 3 fasa kelahiran, iaitu:

Fasa 1: Bermula dari tanda-tanda persalinan dan berakhir ketika pembukaan mulut rahim sudah
lengkap.
Seiring dengan terjadinya kontraksi, mulut rahim membuka secara perlahan. Sebagai panduan, pembukaan
jalan lahir biasanya diukur dengan sentimeter (cm). Misalnya, pembukaan 3 bererti mulut rahim sudah
membuka sebesar 3 cm.
Pada pembukaan 8, anda sudah memasuki tahap peralihan. Pada tahap ini, kontraksi sudah agak cepat dan
jaraknya lebih pendek, iaitu setiap 2 minit. Pada waktu ini, kepala bayi sudah berada di jalan lahir dan mulut
rahim hampir membuka penuh. Tetapi, anda belum boleh meneran, walaupun kepala bayu sudah mula
menolak. Kalau dipaksakan juga, ia akan menyebabkan laluan kelahiran terkoyak. Meneran hanya boleh
dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna, iaitu 10 cm. Ramai calon ibu yang tidak dapat
menahan kesakitan pada waktu ini. Untuk menghadapi tahap ini, mintalah minuman daripada jururawat,
selalu buang air kecil, atur nafas, atau jalan-jalan sekeliling katil.
Berapa lamakah waktu berlangsungnya tahap ini? Ianya berbeza-beza. Untuk kelahiran anak pertama,
biasanya, kontraksi akan berlaku diantara 5-24 jam. Tetapi, bagi kelahiran anak kedua, kontraksi akan
berlaku lebih cepat, iaitu 2-6 jam.

Fasa 2: Bermula dari saat pembukaan mulut rahim secara penuh hingga kelahiran bayi
Ini adalah pengakhiran bagi “perjalanan” si kecil anda. Ia sudah bersedia untuk dilahirakan. Anda pun sudah
boleh mula meneran. Untuk memudahkan proses pengeluaran kepala kepala bayi, proses meneran haruslah
serentak dengan datangnya kontraksi. Oleh itu, ikuti petunjuk doktor agar segala-galanya berjalan dengan
lancar. Pada kebiasaannya , tahap ini akan berlangsung sekitar 2 jam, namun begitu ianya boleh menjadi
lebih cepat jikalau anda sudah bersedia melahirkan bayi anda.
Pada saat proses kelahiran berlangsung, kawan perineum (antara anus dan vagina) akan meregang dan
cenderung merobek. Kalau ini terjadi, doktor akan menggunting perineum anda agar robekan teratur. Pada
kebiasaannya, setelah kepala bayi mula menonjol, secara automatik ia akan meluncur sehingga bahu dan
bahagian tubuh lainnya akan meluncur keluar dengan mudah.

Fasa 3: Bermula dari kelahiran sehingga keluarnya plasenta.
Tahap ini biasanya berlangsung selama 20 minit. Pada waktu ini, anda masih mengalami kontraksi.
meneran lagi. Untuk mengetahui apakah plasenta sudah lepas atau belum, doktor akan “menekan”
dibahagian bawah perut anda. Setelah plasenta “dikeluarkan”, doktor akan melakukan penjahitan perineum.
Ini hanya akan dilakukan jikalau pengguntingan perineum ada dilakukan sebelum ini atau atau ada robekan
di perineum yang berlaku secara spontan.
Malahan, kontraksi tersebut akan memudahkan keluarnya plasenta. Biasanya , anda akan diminta untuk

Aku sudah menjadi ibu …
Melahirkan si kecil sudah pastinya menjadi saat yang tidak boleh anda lupakan. Setelah 9 bulan
mengandungkannya, kini tibalah masanya untuk anda bersemuka dengan zuriat anda. Ia juga bererti, satu
tanggungjawab baru menanti anda. Kini, sudah tiba saatnya anda bergelar seorang ibu. Pastyinya. Ianya
sesuatu yang membahagiakan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget