Thursday, June 9, 2011

Tips menjaga isteri dalam pantang bagi sang suami

Cuti sekolah ni ramai pula sahabat dan adik-adik dalam kalangan ikhwah dan akhwat yang melangsungkan perkahwinan. Lebih kurang setahun lagi, pengantin-pengantin baru ini bakal menimang cahaya mata pula. Di sini ana nak kongsi beberapa tips bagaimana nak jaga isteri dalam pantang kepada bakal-bakal ayah muda ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian terhadap abah ana sendiri. Kami, adik-beradik, lima orang semuanya. Semasa mama melahirkan kami, sepanjang dalam pantang abahlah yang mengambil tugas menjaga mama. Daripada menyiapkan makan minum sampailah memandikan baby, semua dilakukan oleh abah memandangkan nenek dok jauh di Perlis sedangkan abah dan mama dok di Seremban. Ana masih ingat lagi, sewaktu mama lahirkan anak ke empat, ana lihat sendiri bagaimana abah bantu mama pakai bengkung sepanjang 2 meter! Berapa ramai para suami yang sanggup bersusah payah untuk jaga isteri dalam pantang? Berapa ramai yang tahu resepi atau makanan yang sesuai untuk isteri dalam pantang? Berapa ramai yang sanggup belajar mandikan bayi baru lahir yang masih lembik tu? Yang biasa kita dengar, isteri bersalin je hantar balik kampung. Si suami? Enjoying his bachelorhood days again..kadang2 cuti 2 minggu yang dikhaskan untuk para suami yang isterinya bersalin, digunakan oleh si suami untuk berehat, pergi main golf, tido sehingga hari dah tinggi dan keluar melepak dengan kawan-kawan. Tak adalah inisiatif untuk berada di sisi si isteri yang telah berjuang separuh nyawa untuk lahirkan zuriat untuk si suami.

Hallo! Para suami sekalian, sakit melahirkan pernah disenaraikan (siapa yang senaraikan? entahlah..umum maklum tentang hal ini) sebagai kesakitan ranking kedua selepas sakitnya sakarat...berkorbanlah sebanyak manapun untuk jaga isteri selepas dia melahirkan, tak akan dapat menebus kesakitan melahirkan itu. Jadi, tak payahlah merungut-rungut atau bersungut-sungut kalau si isteri minta bantuan itu ini. Yang aulanya, jangan tunggu isteri minta tolong baru nak bergerak tapi, proaktiflah dengan bertanyakan keperluan isteri dan bayi..

Antara tips yang ana lihat dan dapat daripada abah:

  1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Untuk apa? Sediakan air mandian. Tolong rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Abah ana, guru sek. men. teknik. educated orangnya, tapi bab2 nak cari daun kayu atau remedies untuk orang bersalin ni, boleh rely on him..takde masalah.kalau tak tahu, belajarlah..tak rugipun. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang takde water heater).
  2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh tu tak payahlah tido lagi, tapi sediakan apa-apa yang patut untuk sarapan isteri. Kalau abah dulu, lepas subuh abah dah menanak nasi dan masak lauk ringkas untuk sarapan mama. Dah siap semua, baru abah gi sekolah.
  3. Menurut mama dulu, sepanjang tempoh berpantang, abah yang mandikan baby. Mama tak berani nak pegang baby sebab masih lembik. Lepas sebulan, barulah mama berani mandikan. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung (walaupun dah cuba belajar) at least bantu isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
  4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diberesi. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
  5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk elak boring).
  6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertido depan t.v selepas menonton astro.
  7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Bukannya susah kalau ada mesin basuh. Janganlah harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.
  8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression.
  9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya.

Mungkin sukar untuk menemui suami seperti abah...tapi, ruang untuk mempelajari segala khazanah dan rahsia alam sentiasa terbentang untuk para suami...semoga anda berjaya menjadi suami yang dikasihi isteri dan mentua atas usaha anda...

Sekian, alkisah..harap dapat membantu anda menjadi suami mithali, insya-Allah.

* Mana nak cari lelaki yang benar-benar "lelaki"? dan mana nak cari suami yang benar-benar "suami"?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget