Tuesday, June 28, 2011

Ultrasound Bukanlah Mamogram kesan payudara

Ultrasound adalah pemeriksaan pengimejan yang pertama untuk wanita-wanita muda (umur kurang dari 35 tahun) dan juga lelaki yang mempunyai masalah ketulan pada payudara mereka. Hasil gabungan dengan mamogram, ultrasound telah membuktikan keberkesanan dalam mengesan kanserkanser kecil yang terselindung dalam payudara tumpat (nisbah perkadaran yang tinggi kelenjar berbanding lemak) yang dilihat dalam mamogram.

Walaubagaimanapun, ultrasound tidak dapat memberikan gambaran yang serupa bagi payudara seperti mana dapat dilakukan dengan mamogram. Bagi wanita dalam lingkungan umur 40 tahun ke atas, pemeriksaan mamografi memainkan peranan yang penting dalam proses pengesanan awal kanser payudara.

Radiologymalaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget