Tuesday, July 19, 2011

Hati sakit

hati sakitRahsia sembuhkan hati sakit....

Perkara yang paling utama untuk merawat hati sakit adalah belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Dalam sesuatu hubungan, saling bermaafan adalah yang terbaik walaupun kebanyakan orang menganggapnya terlalu sukar. Keyakinan dan keazaman dalam diri anda sangatlah penting untuk anda memaafkan seseorang. Sungguhpun hati yang terluka itu sesuatu yang sukar untuk diubati dan meninggalkan kesan atau parut dalam hidup anda. Hati sakit terubat dengan cara bermaafan.


Jangan bertanya bagaimana rasanya hati sakit. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa sakit, pedih, perit, dan nyilu. Sukar untuk dilafazkan, tapi jelas melapangkan jiwa anda.

Hati sakit adalah penyakit. Mungkin anda pernah mengalaminya. Hati sakit tidak semestinya disebabkan oleh putus cinta, tetapi juga disebabkan oleh perbezaan pendapat atau tentangan dari teman atau anggota keluarga. Namun, hati sakit hampir sama rasanya dengan putus cinta, demikian juga kesannya.

Seseorang insan pasti ingin dicintai, mencintai, dipercayai dan mempercayai orang lain. Tetapi, ketika sakit hati tiba, sukar bagi anda untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan anda mungkin merasa sukar untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain.

Ini adalah dilema yang harus dihadapi. Terserah anda, memilih untuk berjalan sendiri atau meneruskan hubungan setelah apa yang terjadi. Yang pasti, hidup perlu diteruskan dengan atau tanpa sakit hati.

Berdasarkan pengalaman beberapa sumber dapat disimpulkan bahwa belajar untuk membuka kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kepada orang-orang yang pernah menyakiti anda, merupakan hal yang penting. Kenapa? Kerana setiap orang pernah menyakiti dan disakiti hatinya walaupun tanpa disedari.

Oleh sebab itu, lebih baik apabila anda menyedari bahawa tidak ada satu orang pun di dunia ini yang bebas dari sakit hati, termasuk anda. Bukan bermaksud untuk mengurangkan rasa percaya kepada orang-orang yang anda cintai, ada baiknya anda menyedari bahwa sesiapa pun dia, teman biasa, sahabat, buah hati anda atau keluarga dan sebaik mana pun seseorang itu, suatu suatu hari nanti akan menyakiti anda – walaupun mungkin secara tidak disengajakan.

Ada baiknya anda menganggap bahwa mereka mereka yang menyakiti hati anda tidak sedar akan apa yang dibicarakan. Anda harus biarkan saja dan tidak perlu memikirkannya berkali-kali atau katakan kepada diri bahwa perbuatan atau percakapan mereka sebenarnya tiada kena-mengena dengan anda. Pendek kata, jangan disimpan ke dalam hati.

Belajar untuk bertanggung jawab dan menghargai orang lain juga sangat penting. Cuba bertanya pada diri, apa yang tidak diinginkan dalam hubungan anda, apa yang membuat kan anda sakit hati, dan apa yang anda ingin orang lain lakukan. Cuba utarakan hal itu kepada orang-orang di sekitar anda. Apabila anda sakit hati lagi, tidak hanya mengingat cara mengatasi sakit hati terdahulu, tetapi cuba bebaskan diri anda dari masalah dan lupakannya dengan cepat. Hal ini sangatlah membantu. Apabila perlu, keluar bersama teman-teman dan tumpukan fikiran anda kepada perkara lain dengan cara bersukan, membaca, menonton wayang atau yang penting, banyakkan amal ibadah kepada Allah s.w.t.

Anda juga perlu mengetahui bahwa kata kunci untuk menyelamatkan diri dari sakit hati adalah bukan percaya kepada orang lain tetapi percaya kepada diri sendiri dan perasaan anda. Ingatlah bahawa tidak ada jaminan orang lain tidak akan menyakiti perasaan anda. Berusahalah menjadi orang yang baik, sopan, bijak, peduli kepada orang lain dan boleh dipercayai.

Untuk menjadi insan terbaik, anda harus dapat mempercayai diri sendiri agar anda merasa bebas berhubungan dengan individu yang lain. Berkomunikasi secara efektif dan bijak sangatlah penting. Luahkan perasaan anda, apa yang disukai dan apa yang dibenci. Hal itu sangat membantu orang lain mengerti anda dan berusaha untuk tidak melakukan tindakan yang mampu menyakiti hati anda.

Belajar mempercayai pendapat sendiri mengenai diri, tindakan dan perbuatan anda adalah lebih penting dari mempercayai pendapat orang lain. Belajarlah untuk percaya dan hargai diri anda sendiri.

Hal paling utama yang harus anda lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain kerana memaafkan adalah sesuatu yang paling baik dalam sebuah hubungan. Dan teruslah selalu berpikir positif terhadap suatu kritikan dan tindakan orang lain yang mungkin menyebabkan anda sakit hati, kerana fikiran positif akan membuat sakit hati menjadi normal kembali.

enerlife

Lain-lain artikel pasal rahsia lelaki.......


Lain-lain

1 comment:

Truely Aimie Diyanna Benignant said...

wahhh byk tips yg begune :)

btw,
boleh aimie mntak tlg untuk komen entry ni x? http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

GA ni memerlukan komen terbanyak utk jadi pemenang. So, tlgla bantu saya :) tq sgt2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget