Tuesday, July 26, 2011

Kuah roti jala dan kibas

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, lepas pergi kenduri akikah abang saya minggu lepas, dapatlah bekalan roti jala untuk dibawa pulang. Kami sebanarnya melarikan diri dari tempat kerja selepas selesai tugas menyambut VIP sempena open day. Biasalah penjawat awam, melarikan diri tu macam dah perkara biasa. Tapi biarlah perpada-pada. Kalau tugas dah selesai, tak menjadi masalah. Orang cakap, janji kerja siap. Tu jer kelabihan penjawat awam.
Balik rumah je, kami bedal habis roti jala. Sedap la pulak. Roti jala kalau nak tau sedap bergantung pada kari dia. Kebetulan kari ada banyak lebih. Nak buang takut membazir. Saya memang tak suka buang-buang makanan ni. Last-last kami fikir nak buat menu makan malam.

Cara dia senang je. Panaskan kuah kari tersebut. Potong daging halus-halus, kemudian rebus dalam kuantiti air yang cukup untuk lembutkan daging. Letak garam sedikit. Lepas tu masukkan sekali dengan air rebusan daging tu dalam kuah kari tadi. Untuk sayur, rebus je bayam dengan air bercampur garam secukup rasa. Masukkan sikit bawang merah. Pastu buat telur dadar. Hanya perlukan 30 minit untuk menu makan malam. Simple dan menyelerakan. Nyammm.

Cakap pasal kenduri akikah, kebelakangan ni ramai pula yang memilih kibas untuk diakikahkan. Kibas ni ada yang kata kambing biri-biri. Tapi kalau dilihat pada rupa sebenarnya, seakan-akan kambing biri-biri, cuma bulu je tak tebal. Daging dia lebih lembut dan lazat, dan dikatakan boleh menambah darah, sesuai untuk orang darah rendah, membantu sistem pencernaan, naikkan suhu badan, kuatkan sistem badan dan kuatkan daya ingatan. Harga seekor kibas dalam RM700-RM800. Kalau pandai menawar mungkin boleh dapat murah lagi. Berat purata kibas dalam 45kg. Harga kambing jantan dalam pasaran sekarang dalam RM 550.00 seekor dengan berat purata 30kg-35kg. Nasihat pakar, pastikan berat kambing tersebut diambil kira sebelum setuju dengan harga tawaran dari peniaga dan periksa harga semasa di kawasan anda. Harga juga berlainan bergantung pada lokasi anda. Di kampung semestinya harga yang ditawarkan lebih murah berbanding di bandar. So kalau nak buat akikah anak tu, boleh je buat kat kampung untuk jimat kos. Atau, kongsi dengan adik-beradik yang lain, gantikan kambing dengan lembu mengikut pembahagian dalam Islam iaitu seekor kambing bersamaan 1/7 bahagian lembu. Boleh kurangkan kos bagi yang kurang berkemampuan dan biasa dibuat semasa mengerjakan ibadah korban. Di mana saja ibadah akikah tu dikerjakan, apa yang penting, kerjasama. Bukanlah, tujuan dan niat akikah itu sendiri ialah sebagai satu sambutan kesyukuran ke atas kelahiran anak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget