Sunday, July 31, 2011

Petua beli penyaman udara

Penyaman udara sudah menjadi keperluan bagi menambah keselesaan kita semasa di rumah terutama di bilik tidur. Mungkin ramai yang sedar penggunaan penyaman udara mengakibatkan pencemaran udara dengan pembebasan gas klorofluorokarbon (CFC), dan menaikkan tarif bil elektrik di rumah. Penggunaan yang bijak sebenarnya mampu mengurangkan kesan negatif penggunaan penyaman udara.

Pakar telah belajar dan selidik tentang cara menentukan jenis penyaman udara yang sesuai untuk dipasang di rumah sebelum beli. Ianya bergantung pada keluasan bilik, keadaan dan penggunaan bilik. Penyaman udara kedang-kadang perlu dalam kecemasan, terutama semasa anak kecik mendapat demam panas. Semestinya ibu-bapa tidak lena tidur kerana risau akan suhu badan anak yang boleh meningkat secara mendadak. Suhu badan boleh diturunkan dengan penggunaan penyaman udara.

Petua pemilihan penyaman udara bergantung pada faktor unit BTU/jam dan horse power (HP).

BTU/jam - sukatan dalam kapasiti penyejukan:

Ini adalah unit penyejukan sebenar bagi penyaman udara dan mesti sesuai dengan saiz bilik untuk dipasang penyaman udara. Penyaman udara tidak akan berfungsi dengan baik dan kos penggunaan elektrik meningkat jika nilai BTU/jam terlalu rendah atau terlalu tinggi untuk saiz bilik.

BTU/jam berkadar terus dengan Horse Power (HP) penyaman udara, tetapi tiada formula kadar pertukaran yang tetap antara faktor keduanya, dan berbeza mengikut model dan jenama penyaman udara tersebut. Pilih penyaman udara yang mempunyai BTU/jam yang tinggi dengan HP yang sama.

Secara amnya:

  • 1 HP penyaman udara mempumyai kapasiti BTU antara 9000-10,000.
  • 1.5 HP penyaman udara mempumyai kapasiti BTU antara 11,000-13,000.
  • 2 HP penyaman udara mempumyai kapasiti BTU antara 15,000-25,000.
  • 2.5 HP penyaman udara mempumyai kapasiti BTU melebihi 20,000.
Untuk pengiraan menentukan kapasiti BTU yang diperlukan untuk sesuatu bilik adalah:
  1. Darab jumlah kaki persegi bilik dengan 25
  2. Tambah 1,000 untuk setiap tingkap
  3. dan 400 untuk jumlah penghuni bulik tersebut
  4. Jika bilik menghadap matahari, tambah 10% kepada julah yang dikira di atas.
Sebagai contoh, jika bilik anda 12' x 12', 2 tingkap, 2 orang penghuni, kapasiti BTU yang sesuai untuk penyaman udara bilik anda adalah:

(12x12) x 25 + 2 x 1000 + 2 x 400 = 3600 + 2000 + 800 = 6400

Jadi, penyaman udara 1 HP sudah memadai untuk bilik anda.

Pakar menggunakan jenama Hitachi dengan 1HP untuk bilik tidur. Hitachi antara jenama yang menawarkan BTU/jam yang tinggi untuk penyaman udara 1HP. Pemasangan mengambil masa kurang dari sejam bergantung pada kecekapan kontraktor. Pastikan anda mendapat warranti sekurang-kurangnya 2 tahun untuk unit penyaman udara dan 5 tahun untuk kompressor atau motor.

Selamat mencuba....


7 comments:

PinKy MoMMa said...

salam kenal pakar :)
sis folo sini ya..

psstt memang ada 1 je ekon kt umah ni..tak mampu nak bayar bil kalau byk sgt huhu

Diera Tekikushika said...

waaa info yg sgt berguna.. dtg cni balas kunjungan awak... =)

azu said...

wahh..info sgt bagus!azu plan nk pakai aircon, tp tggu dlu la, bil sgt tinggi ni..he..dh lama follow PP!tq 4 te info!

blogtilldrop said...

gud infor

PutriesNoora said...

i dah follow blog ni,syoknyer bnyk petua!hehehe..do follow me back eh..nak search petua2 dgn u lagi ni=)

QueeN TerataI said...

gud info! sedang berkira2 nak beli ekon nie...

AdiaLuze said...

Info berguna ni .. Nanti, agak2 ada budget, leh la cari aircond ikut kesesuaian kan ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it