Saturday, July 23, 2011

Petua rebus kacang kuda: Resepi Che Non

Assalamualaikum,

Terkejut arini bukak blog dah makin ramai followers. Thanks to all yang follow me and follow me back. Walaupun kaedah tambah follower ni tak berapa saya gemari not because of my blog entry, but nak tambah follower bagi bolloger baru cam saya bukannya senang. Harap satu hari nanti ade gak ramai peminat cam blog otai BA. Maklumlah siapalah saya-- humble konon. Alamak dah lari tajuk.

Weekend ni biasalah kena jaga anak kat rumah, susah sikit nak berblog. Tunggu anak tidur dulu baru ade time--lari tajuk lagi.

Semalam my lovely wife berkesempatan buat kacang kuda untuk jual kat booth "open day" tempat dia mengajar. Kami tinggal kat kuarters situ jer. Ok lah tanpa buang masa, saya sertakan bahan-bahan untuk rebus kacang kuda. Macam senang tapi kalau tak follow teknik yang betul, kacang tu jedi keras cam kuda.

Bahan-bahan:
  1. Kacang kuda
  2. Garam batu
  3. Air (pastikan air bertapis, bukan air paip)<--Nak jual kat orang kenalah jaga kualiti
Cara-cara:

Cuci kacang kuda terlebih dahulu untuk buang segala kotoran. Rendam kacang kuda semalaman dalam air yang banyak, dalam bekas yang besar. Kacang akan kembang esoknya. Kemudian kacang direbus dalam air sehingga lembut. Senang je nisbah air dengan kacang macam masak nasi. Bila kacang dah lembut, masukkan garam batu secukup rasa. Bagi rasa masin-masin sikit. Masin sangat takde orang nk beli nanti. Petua dalam rebus kacang kuda ni adalah garam batu. OK dah ready utuk dimakan atau dijual.

Nak beli kacang kuda kenalah berhati-hati kalau nak balik modal. Harga dipasaran dalam RM7-Rm8 sekilogram. Di pasaraya terkenal pun ada yang meletakkan harga tak masuk akal sehingga mencecah RM12 sekilogram. Senang beli je kat kedai mamak memang murah. Boleh dapat dalam RM6.50.

Kacang kuda ni memang sesuai dijual time pesta universiti dll. Memang tinggi permintaan dan senang nak buat. Semalam kami berjaya jual kesemuanya. Buat sikit je pasal minta tolong student untuk jual. Dapat balik modal dan untung sikit. Buat pun suka-suka jer bukan nak untung sangat. Tapi kalau nak untung lebih, buat banyak-banyak gerenti laku. So, boleh lah dijadikan menu kalau sesape nak buka booth nanti. Satu lagi yang boleh buat untung besar dengan jual air. Mudah dan laku lebih-lebih lagi kalau time tu panas. Jualan pun panasssssss.

Ok sumer, selamat mencuba......




1 comment:

aki uno said...

hehe nak tanye boleh?brape lama ambik mase nak rebus kacang tu?sebab banyak bace blog2 lain semua pakai pressure cooker..nak beli mahal la pulak..=(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it