Tuesday, July 5, 2011

Soal jawab: kesan kekuningan dan berbau busuk pada bahagian dubur

SAYA sering menemui kesan kekuningan dan berbau busuk pada bahagian dubur seluar dalam suami. Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi suami saya?


ISTERI RISAU

Kuala Lumpur


Kemungkinan masalah dialami suami anda ialah ‘kentut basah’ atau ‘wet flatulency’. Perkara ini menggambarkan bahagian dalam seluar dalam yang kelihatan kekuningan dan berbau, akibat hasil angin dan najis yang terkeluar ketika individu melepaskan angin.

Jika suami anda tidak sedar perkara itu berlaku, dia akan terus bekerja dengan pakaian itu dan kembali ke rumah tanpa melihat pakaian dalamnya seperti yang berlaku dalam situasi suami anda.

Buat permulaan, suami anda boleh pakai ‘adult diapers’, iaitu lampin guna hapus untuk orang tua, jika perkara itu ketara dan kerap berlaku. Dia perlu jumpa pakar gastro untuk diperiksa.

Sebahagian besar masalah gastro boleh menyebabkan ‘kentut basah’ seperti IBS (irritable bowl syndrome), gastrik dan dispepsia atau angin dalam usus.

Jika suami gemar makan kobis, brokoli dan kekacang yang mudah menghasilkan angin dalam perut, dia mudah melepaskan angin.

Jika usus badannya ada bakteria yang menghasilkan gas makanan, ia akan menjadi lebih ketara. Pastikan dia jumpa doktor segera.

HMetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget