Tuesday, July 5, 2011

Soal jawab: Lebih setahun tiada haid

SAYA dalam dilema kini kerana sudah lebih setahun tidak didatangi haid. Saya berumur 22 tahun.

Berat badan saya 80 kilogram dengan ketinggian 153 sentimeter. Baru-baru ini, payudara sebelah kanan saya sakit dan saya takut jika saya mempunyai barah. Harap doktor dapat membantu.

AZMA,
Kuala Lumpur

SAYA tidak dapat membantu anda menerusi tilikan akhbar. Tiada guna anda bimbang jika anda tidak menjalani pemeriksaan doktor, setidak-tidaknya ia akan membantu mengesahkan penyakit sebenar anda.

Mungkin anda mempunyai masalah hormon yang menghalang pengeluaran telur (ovulasi) secara teratur setiap bulan.

Berat badan berlebihan boleh menyebabkan keadaan terbabit. Jika berat badan anda berterusan meningkat sehingga mencapai 82 kilogram, anda termasuk dalam kategori obes morbid atau berpenyakit dengan peningkatan risiko penyakit jantung, diabetes mellitus (kencing manis) dan hipertensi (darah tinggi).

Eloklah anda berusaha menurunkan berat badan sebanyak empat hingga lima kilogram terlebih dulu dan diteruskan sehingga beransur mencapai 58 kilogram.

HMetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget