Sunday, July 10, 2011

Soal jawab: Zakar sakit bila tegang dan keluar nanah

KEMALUAN saya sakit apabila tegang dan keluar cecair (macam nanah) hampir seminggu. Apakah masalah yang saya hadapi?


AMIR
Ampang, Selangor


Anggota kelamin lelaki mempunyai dua fungsi, iaitu menyalurkan air kencing dari pundi kencing dan air mani iaitu campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal dan salur sperma ketika ejakulasi.

Salur kencing atau salur urethra boleh radang jika wujud kandungan kuman dalam pundi kencing.

Sama juga jika pundi prostat mengandungi jangkitan dan ia menular ke keseluruhan salur kencing. Kedua-dua situasi itu jarang berlaku kerana jangkitan itu tiada kaitan dengan hubungan kelamin.

Jika salur kencing radang, zakar sakit ketika ereksi dan wujud cecair kekuningan keluar dari salur kencing, semua petanda ini menggambarkan jangkitan yang berlaku kepada salur kencing akibat hubungan seksual, sama ada hubungan seks penetratif, seks anal, liwat atau seks oral.

Jika jangkitan itu daripada kuman gonorrhea, pengeluaran nanah dari salur kencing akan berlaku dalam masa atau selepas 24 jam.

Jika jangkitan itu kuman virus chalymidia, tanda pengeluaran cecair dari salur kencing selepas beberapa hari atau minggu.

Saya syorkan anda supaya jangan mendiamkan diri atau mencuba ubatan alternatif tanpa pemeriksaan doktor. Jika sudah berkahwin dan melakukan seks dengan pasangan, pasangan anda juga perlu menjalani pemeriksaan doktor.

HMetro

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget