Thursday, August 25, 2011

Bebola agar-agar merbahaya kepada kanak-kanak

bebola agar-agarAssalamualaikum,

Harini pakar nak share info yang baru dibaca dari akhbar beritaharian. Bebola agar-agar atau nama lain yang biasa digunakan iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil haram dimiliki, dibekal ataupun dijual kepada umum mulai hari ini berikutan aduan daripada pihak hospital di sekitar Kuala Lumpur terhadap lapan kes melibatkan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun yang terpaksa menjalani pembedahan di bahagian usus kerana tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.

Bagi yang tak pernah tengok atau tak tahu pasal ni, rujuk image di atas. Mungkin anda perasan ada di rumah mahupun di pejabat. Budak perempuan suka letak ni atas meja opis. Nak menambahkan kehijauan dan hilangkan stress ler katakan. hik3. OK, agar-agar ni berbentuk guli dan macam-macam kaler ada dan digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu. Letak dalam air jer jadi kembang dan kenyal.

Kalau letak kat opis takpe kot pasal takde budak. Yang menjadi masalah tu kalau yang buat hiasan dekat rumah. Merbahaya kepada bayi dalam lingkungan 6 bulan ke atas yang biasa masukkan benda dalam mulut. Bayi mungkin tertelan benda ni pasal ingat makanan. Parents juga kena tahu yer kerana bayi dalm lingkungan ni juga suka gigit macam-macam benda time nak tumbuh gigi. Pakar pun baru tau benda ni menghakis. So kalau benda dah bersifat macam asid tu kenalah jauhkan dari yang tersayang. Senang citer buang je.

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor".

Jadi pesanan pakar, hargailah nyawa yang tersayang.

4 comments:

JunAina said...

kat rumah pun ada jugak kadang2 anak beli letak dalam balang. warna-warni nampak cantik.

kalau anak dah besar oklah tapi memang sgt tak sesuai untuk anak yg masih kecil. rupanya yg cantik kekadang menimbulkan rasa tertarik anak2...

nourieib punyer ceriter said...

Singgah kembali... yelah... pon baru dengar info ni kat radio era tadik...Thanx for sharing...;)

fiq. said...

kat rumah saya,memamng ader! dulu kan, saya siap gentel2 dia, suke main,,,naseb bek tak rasa nak geget2..

iMBobo said...

benda tu kalau rendam dalam air boleh membesar kn?tp mmg bahaya utk kanak2..dorg ingtkn jeli plak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget