Tuesday, August 23, 2011

Kejujuran rakyat Jepun pulangkan 78 juta USD dijumpai selepas tsunami

tsunami jepunAssalamualaikum,
Harini pakar nak kongsi cerita berkenaan rakyat Jepun selepas dilanda tsunami. Seperti yang sedia maklum, gempabumi dan tsunami yang melanda Jepun sebenarnya telah meninggalkan impak besar reputasi rakyat Jepun yang jujur dan prihatin kepada masyarakat dunia.

Dalam masa 5 bulan sahaja selepas bencana tersebut, rakyat Jepun telah memulangkan beribu-ribu beg duit dijumpai dalam sisa-sisa tsunami sejumlah 48 juta USD. Lebih daripada 5,700 peti simpanan dijumpai dan diserahkan kepada polis oleh sukarelawan mencari dan menyelamat. Sebanyak 30 juta USD diistiharkan jumpa di dalam peti simpanan tersebut. Satu peti simpanan sahaja dianggarkan mengandungi 1 juta USD. Tak juling mata pencuri kalau tahu hal ni? Yang volunteer nye ramai, tapi bukan nak menyelamat tapi nak curi barang berharga yang hilang.

Agensi polis kebangsaan melaporkan hampir kesemua barang berharga dijumpai di tiga lokasi yang teruk dilanda tsunami telah dipulangkan kepada tuan punya masing-masing. Kalau di negara lain, jengan mimpi ler nak jumpa barang balik kalau dah hilang.

Berita ini jelas menunjukkan sikap kejujuran dn keperihatinan rakyat Jepun tidak seperti di negara-negara lain walaupun mereka dilanda kesusahan. Mereka dilabelkan sebagai pengamal ajaran Islam sungguhpun mereka tidak beragama. Sikap seperti ini sukar dilihat di negara-negara Islam yang lain termasuklah di Malaysia. Bagi masyarakat lain di dunia, mereka lihat ini sebagai sikap yang harus dicontohi, tetapi bagi meraka ia adalah satu amalan.

Berdasarkan pemerhatian pakar, rakyat Jepun banyak mengamalkan ciri-ciri hidup Islam seperti menjaga kebersihan, hormat-menghormati, berdisiplin dan lain-lain. Dari segi kebersihan, anda pasti terkejut sekiranya melihat orang Jepun kutip sampah yang mereka jumpa di tepi-tepi jalan. Untuk pengatahuan semua, majoriti rakyat Jepun adalah berpendidikan. Amalan hidup mereka dididik sejak kecil di rumah mahupun di sekolah.

Memang tidak hairanlah sekiranya dompet anda dipulangkan semula selepas hilang dengan isi-isinya sekali di Jepun. Bagaimana pula di Malaysia? Bolehkah kita mencapai negara maju menjelang 2020 nanti? Renung-renungkan, dan selamat beramal.

Sumber dari abcnews





4 comments:

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

bkn snng nk jumpe org yg jujur..dhlah nilai yg byk tu..

p/s: hehe,tu la,,smpai hangus..gula lbh kot.. ngeh3..

Ninie said...

Wah! biar btul...kuasa Tuhan Esa. Suka blog nih! follow me too at
http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/
Kite dh follow anda! =)

hazirah kasimon said...

78 juta tuuuuuuu
bukan ringgit ye anak2.. USD!!!
tp baiknye rkyt jpun tu!
wish u get a good n lucky life for now n future

man said...

boleh mengaburi mata...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget