Thursday, August 25, 2011

Meluat baca ruangan salam perantauan di akhbar?


salam perantauanAssalamualaikum,
Hari-hari keluar paper. Takde kerja lain ke budak-budak zaman sekarang nih? Buat semak jer. Bukan ade orang pon nak baca. hik3. Begitulah akhbar-akhbar tempatan masa dekat-dekat nak raya ni. Yang kat oversea mostly yang tengah study, sibuk nak hantar kiriman salam perantauan kat famili dan kenalan-kenalan di Malaysia. Ada yang bergambar berlatar belakangkan bunga sakura, salji, kangaru, piramid, eiffel tower, universiti masing-masing, pakai kimono, berpeluk-pelukan dengan mat salleh ( jangan over2 yer) dan bermacam-macam lagi dengan aksi posing begitu-begini. Yang menjengkelkan pun ada. Masing-masing nak tunjuk yang dialah yang paling oversea. Hik3. Jangan marah yer blogger-blogger kat oversea tu.

Fenomena begini dah memang menjadi trend bila menjelang Eid ul Fitri. Bila dah bergambar kat oversea jer dah pikir nak masuk salam perantauan. Belum masuk Ramadhan lagi dah submit. Tak bagitau member-member lain pulak tu. Hantar gambar sorang-sorang. Konon nanti tak nampak muka. Biasalah awak tu bukannya artis. Bila lagi muka tu nak masuk paper yer tak? Masa nak hantar tu google ayat kiriman raya tahun lepas. Cari yang power. Baru grand mashuk paper. Tulis ler saya tidak dapat beraya bersama tahun ni kerana di perantauan mengejar bla bla bla. Padahal dok sana bukan main seronok. Ada aku heran? Cewah jeles pulak pakar. Teringat masa dulu-dulu. Macam tak pernah buat jer.

Apa-apa pun selamat hari raya pada yang masih di perantauan dan tak dapat pulang beraya tahun ni. Yang tak pernah hantar kiriman salam perantauan tu, hantar ler selagi ada peluang. Rugi tak hantar. Yang kat Malaysia ni pula boleh aje kalau nak. Bukan orang paper tu check pun kiriman tu dari oversea. Sekarang kan dah online. Cari gambar-gambar yang macam kat oversea. Ataupun photoshop jer. hik3. Jangan buat macam ni sudah.

15 comments:

mary ann ;) said...

heheheh...tak bley blah gambo tu.. ;D

NURUL AINI NORAZMAN said...

huahuahua,.sengal jerk,.

yusuflaili said...

Salam;
aku suka tengok ganbar bawah tu..seksi betul abang la pakai bagu mandi berbunga bunga tu.

fiq. said...

haha, PP meluat eks? kesiah la sahabat2 kita kat sahana,,muahahaha....

*gambar over ok =P

'idun sa'idun said...

kihkihkih.. lawak sungguh abg2 bangla ni pakai swimsuit.. awww...x rela youuuu... hahahahha :)

Santri T.P.I.N.I said...

Nice entri... Salam idulfitri, maaf zahir dan batin yer... dari Santri Nurul Iman..

AdiaLuze said...

salam PP ..

Salam kemaafan ingin akak titipkan andai ada komen2 akak slama ini yang menyinggung dan menyentuh perasaan ..

Terima Kasih kerana sudi menjengah blog akak yg tak sebberapa selama ni .. hehe

Akak berharap persahabatan alam maya ini akan berkekalan dan memberi kita 1001 manfaat .. Insyallah .. SELAMAT HARI RAYA juga dari akak dan kluarga ! ^^

iMBobo said...

haha ni mmg oversea hehe..

muhamad hanif said...

siap gmbar dlm air bagai.



HAHAHAHAHAHHA

petuapakar said...

Pakar meluat tengok salam perantauan mat2 Bangla tu jer....Hik3

Zul Fattah said...

kejam.. buat lawak r gamabr tu... nk pecah perut tngok mat bangla tu...

CTK said...

hahaha...klaka jer lah gambO tuh...

selamat hari rayeeee :D

http://khayalan27.blogspot.com/

Nafisah Ruslan said...

hahahaha.. gambar las tu mmg xleh bla..
selamat hari raya raya dari perantauan juga.. dari n9.. hehe

zieyzain said...

haha,..nmpk glamer kot,.haha~

Marina said...

heee...sabar je la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget