Monday, August 15, 2011

Petua jimat elektrik: cabut charger telefon bimbit lepas digunakan

"Amaran: Sila cabut charger selepas guna yea..kalau tak nanti ada yang cuba mengecas diri sendiri"
Makder

Assalamualaikum,

Harini pakar nak bagi petua untuk elakkan barangan elektrik anda di rumah daripada cepat rosak. Dalam kesibukan kerja sehari-hari, kita tidak cukup masa untuk memeriksa rumah sebelum bergegas ke tempat kerja. Perkakasan elektrik yang dibiarkan begitu sahaja tanpa mematikan suis utama sebenarnya memendekkan jangka hayat peralatan elektrik itu sendiri. Mungkin ramai yang tidak menyedari barangan elektrik seperti televisyen, radio dan sebagainya dibiarkan dalam keadaan 'standby mode' selepas dimatikan menggunakan pengawalan remote. 'Standby mode' sebenarnya meminimumkan arus elektrik yang digunakan atau mengalir dalam litar elektrik perkakasan elektrik tersebut. Nilainya bergantung pada standard atau piawaian yang digunakan. Of course untuk barangan sama yang diexport ke Malaysia tidak terjamin mutunya berbanding barangan yang diexport ke Barat bergantung kepada pengawalan mutunya. Sebab tu barangan elektrik kita cepat rosak. Lebih-lebih lagi yang made in China. Kurang kawalan kualiti. Derang tu tau nak untung je. Janji boleh jual, sendiri kaya.

Jadi pakar nasihatkan agar tutup sahaja suis utama dan jangan biarkan barangan elektrik anda dalam keadaan 'standby mode'. Ini kerana komponen elektronik dalam litar elektrik peralatan tersebut masih berfungsi terutama sekali kapasitor yang jangka hayatnya paling pendek dalam lingkungan 1 ~ 2 tahun beroperasi tanpa henti. Tu pasal warranty kita dapat biasanya dalam 1~2 tahun je. So, kalau nak tahan lama, bagi rehat kat barangan kesayangan anda tu. Macam kita gak, perlukan waktu untuk berehat.

Satu lagi berkenaan charger telefon bimbit, atau laptop. Pastikan cabut plug dan matikan suis kalau tidak digunakan. Anda boleh rasa adapter tu panas kalau suis tak dimatikan. Nak kata bahaya tu tak juga pasal arus yang mengalir adalah arus terus, dan badan manusia mempunyai rintangan yang tinggi untuk melawan voltan rendah bagi charger telefon bimbit anda. Yang penting ianya bertujuan untuk hindari charger anda dari cepat rosak. Takde la lepas ni pergi kedai cari charger baru. Hik3.


12 comments:

hazirah kasimon said...

comeinya baby tu ^^

petuapakar said...

Tq. Jangan lupa cabut charger HP yer lepas guna. Hik3.

azam said...

betul.......
comey baby...nanti kena cas bahaya baby tu

PinKy MoMMa said...

memang sentiasa cabut :)
dah terbiasa dari dulu hehehe

kotak bulat said...

comel! geram kat baby tu!

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

bahaya tu... baby sume bnda nk gigit... hehe

si para para said...

dah follow

:)

http://syairsiparapara.blogspot.com/2011/08/jom-tambahkan-follower.html

syiela said...

bahaya tu nanti baby tu over cas pulak :)

ariana said...

Bukan sengaja x mau cabut, tp selalu terlupa..huhu

Diana @ bilakukatacinta said...

pernah jgk dengar camtu..kena cabut plug yg tak diguna..arus still berjalan

D pernah dengar cerita..ada sorg bdk terkena renjatan elektrik sbb isap cahrger telefon..memanglah mak dia dah off..tp tak sngka anak dia bijk..main tekan2..pastu masuk dlm mulut. mulut kan basah..ada air..so, kena renjatan elektrik

miErah halim said...

selalu dah off tp x cabut.lps ni kne rjn la cabut charger.hehe

ILA SYAMILA ♥♥ said...

dah follow hannah ! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget