Tuesday, August 9, 2011

Suntikan tidak membatalkan puasa

Assalamualaikum,

Pakar berkesempatan untuk berblog di awal pagi. Maklum ler MC semalam dan harini. Demam walaupun pakar terpaksa pergi meeting pagi semalam. Pastu baru pergi klinik. Dalam meeting sejuk tak ingat. Ok nak diceritakan kalini adalah berkaitan suntikan atau injection di bulan Ramadhan. Ini gara-gara pergi klinik semalam, pakar mendapat suntikan pain killer. Kat pinggul lagi tu. Doktor yang sarankan yer pasal pakar kena drive jauh untuk balik ke rumah. 50km tu. Adakah membatalkan puasa? Jawapannya tidak sekiranya bertujuan untuk perubatan. Pakar puasa tau semalam. Pada mulanya ada sedikit keraguan kerana pernah dengar dan terbaca perihal suntikan tidak membatalkan puasa ni suatu ketika dulu.

Ok sebenarnya ia bergantung juga pada tujuan suntikan tersebut. Kat sekolah dulu ustaz ada cakap memasukkan sesuatu ke dalam rongga atau lobang pada badan dikira batal puasa. Rongga atau lobang badan tu maksudnya yang obvious, yang terang-terangan dan boleh dilihat dengan mata kasar contohnya mulut, hidung, telinga, dan rongga di bahagian sulit sahaja. Rongga-rongga di bahagian kulit tak dikira yer.

Sekiranya tujuan suntikan bukan untuk perubatan tetapi untuk memberi tenaga pada individu yang sihat untuk menjalani ibadah puasa sebagai contoh memasukkan glukosa, air dan sebagainya boleh membatalkan puasa.

Pesanan pakar, kalau sihat tu tak perlu ler nak suntik-suntik ni. Untuk orang sakit jer. Macam pakar. hik3. Cucuk kat punggung tu sakit sikit je. Tak rasa pun jarum tu mashuk. Rasa kebas-kebas je. So yang sakit tu cucuk, cucuk jangan tak cucuk. he3.

6 comments:

Sukma Bintara said...

tp kalau masukkan bahan yang mengganti makanan dlm rongga tubuh cm ne lak???

petuapakar said...

Rongga tubuh yang terang2an yg saya cakap tadi tu batal ler pose tak kira makanan ke bukan makanan ke termasuk lah ubat yang akan masuk ke perut dan boleh hilangkan rasa lapar dan dahaga.

PinKy MoMMa said...

tak kira bulan puasa atau tak tetap tak suka suntikan huhu..seramss!

Semut Senyum said...

terima kasih utk info ini.. kadang2 tertanya2 jugak...

AdiaLuze said...

Sampai kena suntuk ni mesti badan panas semacam kan ... Hehehe .. Semoga PP cpt sembuh yee ^^

asyrafNAKjadiLEBIHbaik said...

balas kunjungan...hehe..thanks follow...meh la singgah blog i...boleh dpt kadraya...

Dapatkan KADRAYA di Acapsuur (>,<)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget