Wednesday, August 3, 2011

Terung masak sambal


Bulan Ramadhan ni biasalah, semua makanan nampak sedap sebelum mashuk waktu berbuka. Di kesempatan ni, Pakar nak kongsikan resepi terung masak sambal Che Non dari Kuantan. Chef kali ni Mama Lin. Pakar tunggu makan jer. hik3. Sementara tu kena jaga anak sambil tengok Jejak Rasul. Pastu nk tengok Sheila Rusly pulak dalam Kasih Alia....

Resipi ni memang sesuai dimasak masa bulan puasa ni pasal cara masaknya cukup ringkas. Sesuai untuk ibu-ibu yang bergegas kat dapur. Hasilnya pula menyelerakan dan boleh simpan untuk menambah selera sahur esok. Petua untuk masakan ni, jangan gunakan bawang putih dan terung digoreng terlebih dahulu.

Bahan-bahan:
  1. 3-6 biji terung bulat atau terung panjang (Pakar prefer terung bulat)
  2. 2 biji cili hidup (cari yang besar, dan kalau nak pedas tambah cili api)
  3. 1 biji bawang besar
  4. Minyak masak
  5. Air
  6. Garam dan gula secukup rasa
Cara masak:

  1. Cuci dan potong terung mengikut saiz kegemaran masing-masing.
  2. Panaskan 1/3 cawan minyak, dan terung digoreng terlebih dahulu sehingga lembut dan angkat. Jangan dibiarkan terung dalam kuali.
  3. Cuci dan potong cili hidup dan buang bijinya.
  4. Tumbuk atau kisar cili hidup dan bawang besar. Campurkan sedikit air.
  5. Panaskan semula minyak masak tadi. Kalau nak nampak cantik masakan biasanya tambahkan minyak sedikit lagi.
  6. Masukkan bahan yang dah ditumbuk atau dikisar tadi sampai masak dan naik bau. Jangan lupa cili tu dikisar sekali. Takyah tunggu kuning memang takkan kuning pon.
  7. Letak 1/4 cawan air.
  8. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  9. Masukkan terung yang dah digoreng tadi bersama-sama bahan yang ditumis hingga sebati dengan api yang kecil.
  10. Siap untuk dihidangkan.
Terung masak sambal ni simple je. Tak perlu instruction yang detail. Confirm jadi nyer cuma sukatan garam dan gula tu kena hati-hati. Jangan masin sudah. Manis OK lagi. Makan bersama-sama nasi, lauk ikan, ayam, daging atau telur goreng.
Selamat mencuba.....

6 comments:

eITA said...

saye dah tag awak..

http://my-khalish.blogspot.com/2011/08/contest-review-blog-dapat-rm.html

tulis sy sbg referrer

Adam Idris said...

wow, tengok gambar makanan bulan puasa ni, hik hik

AdiaLuze said...

sedap,sedap,sedap ^^

p/s follow awk jgk :D

Mizfantagiro said...

nyum..nyum..syedapnyerr..

PinKy MoMMa said...

kadang2 resepi yg simple tu yg palingggg mengancam kan :)

yathi said...

kenapa ga bleh pke bwang putih ya,aq sring buat mnggnakan bwang putih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget