Thursday, September 8, 2011

Harga prepaid naik 6 peratus

Assalamualaikum,
Perhatian kepada semua pengguna prepaid.  Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikenakan caj sebanyak 6 peratus mulai 15 September. Kalau nak topup RM10 lepas ni, kena tambah lagi 60 sen. Jadi RM10.60.  Nak tau lebih lanjut, klik sini.

Pengguna prepaid kebanyakannya adalah dari kalangan pelajar dan golongan berpendapatan rendah, yang jarang membuat panggilan. Guna pun, just in case of emergency. Pakar pun baru je tukar pada billing atau post-paid pasal dulu tak berapa sangat buat panggilan. Itu pun atas sebab-sebab tertentu.

Berapa ramai kah rakyat Malaysia yang akan berkata "Naik ler, 6 % jer pon". Adakah kenaikan ini menjadi satu bebanan kepada pengguna prepaid? Maklumlah, 6% jer, berapalah sangat. Kebanyakan rakyat kita masih lagi menggunakan khidmat prepaid atau talian prabayar. Adakah ini sebagai langkah untuk memastikan rakyat bertukar daripada penggunaan prepaid kepada postpaid? Rata-rata golongan pelajar mungkin tidak bersetuju dengan kenaikan harga ni kerana merekalah pengguna utama prepaid. Mestilah, harga barang naik, bebanan naik, siapa yang nak.

Lepas ni sama-samalah kita bertukar pada post-paid dan bayar bill tiap-tiap bulan, kalau tak nak kena charge 6%. Sama jer, prepaid pun kena kuar duit tiap bulan. Sebelum tu, buat kira-kira dulu mana yang lebih jimat. Jangan lupa tambah 6% untuk prepaid. Rakyat Malaysia kan rata-rata berpendapatan tinggi. Kena tengok statistik dulu. Buat blog, rajin update blog, boleh ler cover 6% tu. 


6 comments:

azam said...

hehehe.......ini baru permulaan...nanti GST utk barangan runcit pulak

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

lbh kurg aje..

ini dh jd keperluan,nak tak nak,kena gak kan..

iMBobo said...

prepaid brg keperluan, sepatutnya masuk dlm harga kawalan hehe

si cantik sally said...

betol uh Bobo..

kalo kai bil lak lagi x leh jimat huhu....

zieyzain said...

last2 suma org kena pelihara burung sndiri utk smpikan mesg..keke..sy nak burung hantu harry potter, si Hedwig,..bley?ehehe...

yusuflaili said...

Salam;
Bill lagi teruk dari prabayar..siap kena saman&masuk makamah lagi kalau tak terbayar..aku pernah kena dulu,sbb tu aku guna prepaid tak ada duit tak payah tambah nilai..bknnya selalu kita guna tpone ni cuma masa penting je.

P/S..sengaja nak suruh kita susah guna bill ni.lambat bayar kena caj/bunga..last sekali kita juga yang susah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget