Tuesday, September 20, 2011

Macam ada benda tersekat pada alat kelamin

SAYA remaja Melayu berusia 15 tahun. Panjang zakar ketika menegang antara lima hingga enam inci dan ia mempunyai fizikal baik. Begitupun, sejak akhir-akhir ini zakar sering terasa sakit keterlaluan seperti ada sesuatu tersekat di dalamnya. Namun, saya tidak rasa sakit sewaktu membuang air kecil.
Apakah penyakit saya? Mampukah masalah ini menyebabkan saya mandul? Saya akan menjalani rawatan ultrasound pada akhir bulan berikutan masalah kencing kerap dan keluar lelehan selepas kencing.

Lelaki Runsing
KELANTAN

Nampaknya anda mempunyai kesihatan sempurna, termasuk perubahan dan tumbesaran anggota kelamin.

Anda kini dalam peringkat awal remaja dan hormon testosterone bergelora. Dalam keadaan begitu, anda mudah mengalami ereksi spontan.

Jika kebetulan mencapai ereksi padat ketika tidur dan kebetulan anda renyah ketika tidur, ada kemungkinan zakar tercedera apabila ereksi tertindih atau bengkok ketika tidur.

Apabila sedar, anda terasa sakit di pangkal atau pertengahan zakar secara langsung atau ketika ereksi. Jika kecederaan itu ketara dan ada parut dalam zakar, lama kelamaan ia boleh bengkok atau melengkung.

Ini hanya berlaku jika berlaku kecederaan ketara. Untuk meredakan sakit pada zakar, anda boleh tuamkannya menggunakan pek ais.

Ini sedikit sebanyak dapat melegakan keradangan dan bengkak akibat ‘kecederaan’ atau ‘trauma’ zakar. Bagaimanapun, situasi ini tidak menyebabkan anda mandul kerana yang tercedera ialah zakar, bukan buah zakar.

Mengenai cecair jernih yang keluar dari salur kencing selepas membuang air kecil, itu ialah air mazi dan ia keluar ketika anda mencengkam atau mengemut selepas selesai membuang air kecil.

Mencengkam otot lubang najis atau mengemut berkali-kali boleh membuatkan pundi Cowpers terangsang dan mengeluarkan cecair jernih seperti yang anda alami. Namun, ia adalah normal.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget