Wednesday, September 7, 2011

Pagi khamis mengadap manga onepiece, naruto dan bleach

Assalamualaikum,
Mesti ramai yang tak sabar-sabar menunggu episod terbaru onepiece, naruto dan bleach di pagi Khamis. Tak tau pulak kalau ada yang dah baca lebih awal dari tu. Episod kali ni memang menarik kerana masing-masing sedang berdepan dengan lawan mereka. Manga atau komik keluaran Jump ni sudah menjadi kegilaan peminat sejak dari dulu lagi. Pakar contohnya dah mengikuti atau follow manga ni sejak dari awal penerbitan. Masa tu tengah belajar lagi. Bagi mereka yang tidak gemar membaca komik, jangan terkejut kerana individu yang layan komik Jepun  atau lebih dikenali sebagai manga ini terdiri daripada pelbagai lapisan atau peringkat umur dan tidak mengira jantina. Apa yang menarik mengenai manga ini sehingga berjaya peroleh jutaan peminat di seluruh dunia

Jawapannya adalah pada jalan cerita manga tersebut yang bukan setakat membuatkan peminat tak sabar-sabar menunggu episod berikutnya, setiap episod juga diselitkan dengan adegan-adegan lucu yang membuatkan anda ketawa sehingga pecah perut. Setiap manga juga ada melahirkan pelbagai karakter dengan gaya individu tersendiri, yang mampu memukau peminat.  Nak cerita satu-satu memang mustahil kerana terlalu extensive. Yang paling pakar minati adalah One Piece. Suka pada karakter yang pelbagai. Tahniah kepada Eeichiro Oda untuk One Piece, Masashi Kishimoto untuk Naruto, dan Tite Kubo untuk Bleach kerana berjaya menghasilkan karya yang menarik hati jutaan peminat seluruh dunia. Ni baru cerita pasal manga, tak masuk bab anime lagi. 

Yang belum baca lagi episod terbaru, boleh klik di sini. Baca jangan tak baca.     

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget