Thursday, September 8, 2011

Puasa 6 di bulan Syawal seperti berpuasa selama setahun

puasa 6
Puasa 6
Assalamualaikum,
Dah start buat  puasa 6 ? Liat betul rasanya. Maklumlah baru saja selesai puasa sebulan. Mood raya pun belum habis lagi. Bagi yang belum tu, sama-samalah kita luangkan sedikit masa untuk mengingati semula apakah kelebihan puasa 6 ini. 

Kelebihan puasa 6 adalah umpama kita berpuasa selama setahun. Mengikut pengiraan, ganjaran setiap amal kebaikan kita digandakan dengan 10,  mengikut huraian para ulama. Oleh itu, jumlah puasa di bulan Ramadhan dan puasa 6 di bulan Syawal adalah (30 + 6) x 10 = 360; menghampiri puasa selama setahun. Puasa 6 ni boleh dilakukan dalam bulan Syawal, tetapi haram dikerjakan pada Eid ul Fitri bersamaan 1 Syawal. Cara mengerjakan adalah sama seperti puasa wajib di bulan Ramadhan.

Puasa 6 juga baik dari segi kesihatan. Dah makan macam-macam juadah raya tu, perut pun perlu direhatkan semula sebelum kembali kepada rutin asal secara berperingkat-peringkat menerusi puasa selama enam hari.

Terdapat banyak percanggahan pendapat dikalangan para ulama berkaitan dengan puasa 6. Hasil perbincangan berpendapat puasa 6 ini boleh dikerjakan secara berterusan atau berperingkat-peringkat (putus-putus) dalam bulan Syawal.

Ada juga pelbagai pendapat berkenaan dengan isu mengerjakan ibadat wajib puasa qadha (puasa ganti) dengan ibadat sunat puasa 6 di bulan Syawal. Mana yang perlu didahulukan atau boleh ke digabungkan
Menurut sumber, 
  1. Mengerjakan puasa 6 dahulu sebelum puasa qadha adalah dibenarkan kerana pernah dilakukan oleh Aisyah radhiallahu ‘anha. 
  2. Ada juga pendapat yang tidak membenarkan atas sebab membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat.
  3. Ada pendapat yang membolehkan dan ada yang tidak membolehkan dalam mengabungkan kedua-duanya.                                                                                                        Boleh kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.                                                                                                                                           Tidak boleh kerana sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.                     Perlu diingatkan bahawa amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Kita perlu selesaikan yang wajib dahulu dan kemudiankan yang sunat, kerana kita tidak tahu kemampuan kita untuk menunaikannya kelak.
Sekian, selamat beramal. 


Ringkasan dari Ustaz Azhar Idrus

4 comments:

ariana said...

Akak baru 2 hari..asyik stop bila ada open house..huhu..nak sambung lah ni Insyaallah..:)

shaliza khairi said...

thanx for the info awak. =)

sue perbs.. said...

thanx 4 the info.. so nak ikut pndangan mana satu ni?

petuapakar said...

Ikut je yang mana satu. Pandangan semua tu pun adalah daripada kalangan alim ulama. Bagi saya senang jer. Kalau nak pahala lebih tu, amalan pun kena lah lebih. Buat kedua-dua puasa qadha dan puasa 6 berasingan, bergantung pada keadaan dan kemampuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget