Monday, September 5, 2011

Sibuk nak bercerita pasal raya mereka di facebook

Assalamualaikum,
Sudah menjadi trend tatkala raya, masing-masing akan ambil peluang untuk update facebook dan upload gambar raya mereka minta dikomen. Gambar raya pula banyak, sampai tak tau mana satu nak upload. Ada yang 'menayang' baju raya sedondon bersama suami atau isteri dan anak-anak, ada yang ber'posing' gitu-gini berlatar belakangkan lokasi raya mereka bersama ibubapa dan sanak saudara, kemeriahan bermain bunga api, juadah raya dan macam-macam lagi.  Kononnya mereka lah yang paling beraya sakan tahun ni mengalahkan yang lain. Kalau dahulu, baju raya hanya dipertontonkan kepada ahli keluarga dan sanak saudara sahaja, atau kepada teman-teman melalui gambar selepas dicuci, tapi kini, dengan kecanggihan kamera digital dan teknologi jalur lebar, semua dapat disebarkan dan dipertontonkan pada umum dengan hanya satu klik. Mungkin kerana faktor inilah masyarakat kita sanggup menghabiskan wang ringgit tatkala menjelang musim perayaan untuk membeli kelengkapan raya seperti kain baju yang ber'kelip-kelip' dari tudung ke kasut, set sofa baru  ala-ala mak datin, langsir dan sarung kusyen baru, biskut raya beraneka  warna dan jenis, dan lain-lain. Semua nak masuk fesbuk. Buka  je muka buku, bak kata Najwa Latif harini penuh dengan gambar-gambar raya. Tak larat nak tengok satu-satu pasal banyak sangat. Nak mengomen pulak satu hal. Tapi jangan terkejut kerana memang ada yang dari tadi seronok mem'view', mengomen dan meng'upload' gambar raya fesbuk ni. Maklum lah, raya kan sebulan. Hik3.

Tak salah berbelanja di musim perayaan ini memandangkan kita beraya hanya setahun sekali. Inilah masanya yer tak? Sungguh pun telah menjadi satu fenomena baharu, amalan raya sejak turun temurun masih belum dilupakan seperti mengunjungi sanak kaum famili, sersalam-salaman dan bermaaf-maafan, memberi sedekah duit raya kepada yang tua, kanak-kanak dan orang miskin, menjamu para tetamu yang berkunjung ke rumah, ziarah kubur dan lain-lain. Yang penting, kerjasama, ingat pada yang lebih memerlukan, dan berpada-pada dalam berbelanja bergantung pada keperluan. Kain langsir, sarung kusyen tu tak salah kalau nak tukar. Takkan nak biarkan berhabuk, koyak sana sini bila ada tetamu nak datang. Dah sampai masa tu elok lah ditukar. Baju raya pula pastikan yang dibeli tu, boleh juga dipakai selepas raya. kalau dah berkelip-kelip mengalahkan pengantin tu, takkan nak dipakai ke tempat kerja. Last-last simpan dalam almari. Tahun depan baju lain pulak. Kan membazir namanya.

Dalam info terkini raya di fesbuk ni, dalam kegembiraan ada juga kedukaan. Ada di kalangan teman-teman yang tidak dapat beraya kerana berjauhan dengan keluarga, terpaksa berulang-alik ke hospital dan lain-lain dugaan yang melanda. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan teman-teman yang tidak berpeluang beraya kali ni, dan bersyukur pada Ilahi atas segala nikmat dan kurniaan yang diberikan pada kita semoga Syawal kali ini mendapat keberkatannya.

Sekian, Selamat Hari Raya Eid ul Fitri dan salam Syawal dari PetuaPakar.

7 comments:

aimi said...

sy sokong :)

nuyui a.k.a miss NUSHA said...

stju..beselah,setahun sekali..

slmt hari raya juge..

zieyzain said...

bersederhana sj berbelanja, raya taun depan kan bley beli lagi,..ehe.salam lebaran =)

iMBobo said...

betul tu, setahun sekali je sebab tu lah kita nak yg terbaik kn..

kotak bulat said...

kn da upload gmbr dah.. hahaha

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Diana @ bilakukatacinta said...

selamat hari raya~ ai..cam terasa pulak diriku mengupload gmbo raya riban-riban dalam muka buku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget