Tuesday, October 4, 2011

Pernah alami haid tak henti sebulan

SAYA berumur 21 tahun dan mempunyai masalah haid yang keluar tidak menentu. Apabila datang haid, susah hendak berhenti, adakalanya hingga sebulan penuh haid saya tidak berhenti.
Jika berhenti pun, ia hanya untuk beberapa hari, kadang-kadang kurang seminggu haid saya keluar lagi. Ada harinya haid saya keluar dalam kuantiti yang banyak sehingga dalam masa sehari, terpaksa menukar tiga hingga empat tuala wanita hanya dalam masa beberapa jam dan keadaan ini berlanjutan selama tiga hingga empat hari. Doktor mengatakan hormon saya tidak menentu.
Apakah yang perlu saya lakukan?

INA,
Shah Alam, Selangor.


SEKIRANYA anda belum berkahwin, pilihan rawatan terhad kepada pil berhormon untuk mengatur serta mengurangkan jumlah pendarahan. Lazimnya ia diteruskan selama kira-kira tiga bulan setelah keadaan pulih sebelum ia dihentikan.

Sebelum itu, doktor akan menjalankan pemeriksaan serta ujian lanjut bagi mengesan kemungkinan penyebabnya. Pilihan lain pula adalah secara suntikan atau pil penahan haid.

Pada masa sama, doktor akan menilai tahap kesihatan anda. Melalui episod pendarahan haid yang banyak berulang kali mendedahkan seseorang kepada risiko anemia (kekurangan darah) dan komplikasi berkaitan. Anda juga boleh membantu doktor secara mencatat bilangan serta corak pendarahan haid anda dalam kalendar.

Hanya jika benar-benar perlu, ada kemungkinan doktor terpaksa melakukan prosedur lanjut yang membabitkan proses memasukkan alat ke dalam faraj anda (dan mencederakan selaput dara), itupun jika anda bersetuju.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget