Thursday, January 26, 2012

Anak Cepat Bercakap


Anak cepat bercakap
Selalunya anak lelaki lambat sikit bercakap dengan kanak-kanak perempuan. Mereka juga agak lambat membuat ayat yang lengkap. Namun, perkembang moto skil mereka lebih cepat. Jika mahu anak boleh bercakap cepat, selalulah bercakap dengannya. Banyakkan membaca buku dan bersembang dengannya. Bila bersembang, jangan risau dia tidak faham bahasa anda. Minda unconsciousnya boleh menangkap perkataan anda. Jika dia masih telor atau pelat, anda boleh bercakap seperti mana anda bercakap dengan orang lain. Lidah anak kecil belum betul-betul biasa membentuk perkataan, itulah sebabnya mereka telor. Setengah anak lebih cepat boleh bercakap fasih, setengah agak lambat. Asalkan dia sudah mula bercakap, maka janganlah risau sangat. Bercakap dan bersembanglah selalu dengannya. Anak-anak kecil di bawah 10 tahun sememangnya sedang dalam tahap belajar bercakap dan mereka melakukan ini dengan mendengar dan melihat. 

Dedahkan mereka kepada cerita kanak-kanak yang mengguna bahasa yang elok baik Inggeris mahupun BM.

Prof. Dr. Rozieta Shaary



3 comments:

hajar said...

thanks for sharing... akan saya praktikkan utk Iman nanti...

yusuflaili(Goku) said...

salam;
ya...betul selalu bercakap dengan anak boleh mempercepatkan mereka bertutur..

Azham Vosovic said...

betul...

kalau anak2 dah telor tu, jgn la cakap dgn mereka ikut bahasa telor tu juga..memburukkan keadaan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget