Thursday, February 9, 2012

Peti sejuk untuk EBM

EBM storage
Assalamualaikum,

Apa khabar para ibu, bakal-bakal ibu dan wanita sekalian? Di kesempatan ini, pakar ingin berkongsi maklumat tentang petua menyimpan EBM yang efektif untuk manfaat semua.

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ni semakin ramai para ibu bersemangat dan cenderung untuk fully breastfeeding anak-anak mereka, kesan dari timbulnya kesedaran tentang kebaikan menyusukan anak dan pengenalan kepada teknik EBM yang kian popular dan menjadi topik hangat di kalangan  'expecting mothers' atau 'moms-to-be' yang bekerja. Selain daripada penggunaan pam yang sesuai untuk EBM, penyimpanan atau storage yang sesuai juga perlu dititik-beratkan.

Sesuai dengan topik kali ini, pakar ingin terangkan tentang penggunaan peti sejuk dari jenis deep freezer atau chest freezer; dan yang kian diminati ramai dari jenis upright freezer. Manakah yang sesuai bagi anda? Terdapat timbal-balik untuk setiap jenis peti sejuk yang digunakan, bergantung kepada pemilihan anda berdasarkan harga, saiz, penggunaan tenaga letrik, dan fleksibiliti.

  1. Harga: Chest freezer atau deep freezer lebih murah berbanding upright freezer. Anggaran untuk satu unit chest freezer dalam lingkungan RM550, manakala upright freezer dalam lingkungan RM800.
  2. Saiz: Ruang simpanan dalaman chest freezer adalah lebih besar berbanding upright freezer untuk saiz fizikal luaran yang sama. 
  3. Penggunaan tenaga letrik: Chest freezer lebih jimat berbanding upright freezer. Ini kerana kebolehan untuk mengekalkan suhu sejuk bagi chest freezer adalah lebih baik kerana kedudukan penutupnya di bahagian atas, menyukarkan udara sejuk (lebih berat dari udara panas) untuk keluar dari peti jika dibandingkan dengan jenis upright. Ini sekali gus dapat mengelakkan susu EBM daripada cair dan meningkatkan kualiti susu EBM tersebut.
  4. Fleksibiliti: Faktor ini yang menyebabkan ramai berminat untuk memilih upraight freezer kerana memudahkan mereka organize atau menyusun stok EBM mengikut kesesuaian, dan seronok untuk dipertontonkan pada rakan-rakan di FB. Hik3. 
Mana yang lebih bagus? Chest freezer atau Upright freezer.
Pendapat Pakar, jikalau harga dan duit tidak menjadi isu, dan anda adalah 'organized person', upright freezer mungkin terbaik untuk anda. Tapi perlu ingat, penggunaan upright freezer boleh menyebabkan udara sejuk keluar dari peti ais dan digantikan dengan udara panas, dan ini mengambil masa dan tenaga untuk mengekalkan semula udara sejuk di dalam peti. Ini mungkin sedikit menjejaskan kualiti EBM yang disimpan. Anda juga boleh menyusun stok EBM dengan efektif dengan menggunakan chest freezer mengikut teknik FIFO (First In First Out).

Pakar guna chest freezer jer. Jimat kos. Hik3.

1 comment:

man said...

bgs nak buat niaga ni..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share it