Thursday, March 6, 2014

Belum berkahwin tetapi sakit ketika keluar mani waktu tidur

Dang Setia
Doktor Sakit Tuan
Dr. Ismail Thamby
 
Saya lelaki berumur lingkungan 20-an dan belum berkahwin. Sejak setahun lalu, saya sering mengalami rasa sakit di bahagian kelangkang ketika keluar air mani sewaktu tidur pada waktu malam.
Saya berjumpa doktor di klinik kesihatan dan dimaklumkan kemungkinan saluran uretra saya sempit dan menyarankan supaya lebih kerap mengeluarkan air mani.
Persoalan saya, apakah cara terbaik untuk menangani masalah ini dan adakah bahaya jika saya menggunakan ‘mastubator’ untuk mengeluarkan air mani?

INSAN RESAH
Gombak


Ada banyak sebab kenapa anda rasa kurang selesa kepada bahagian kelangkang dan mimpi basah tiada kaitannya. Jika mahu lakukan aktiviti melancap sebagai pendekatan perawatan masalah itu, anda akan menjadi ‘masturbator’ atau pelancap ‘tegar’! Malah, pendekatan ini mengarut!

Bahagian kelangkang ialah tempat penginapan otot lantai pelvis atau otot kemut. Jika anda mengalami mimpi basah, tentu otot kemut akan mencengkam secara bertalu-talu dengan kuat dan ini mengakibatkan ia tegang dan tertekan.

Jadi isunya ialah otot lantai pelvis yang tegang, bukan salur kencing sempit! Saya dapati kini di pasaran gelap ada pelbagai peralatan bantuan seks haram dan satu daripadanya ialah alat ‘masturbator’ elektronik untuk kegunaan lelaki.

Alat itu berbentuk corong ‘faraj’, ‘salur dubur ‘atau ‘salur mulut’. Apabila memasukkan ereksi ke dalam corong dan memetik suis, corong diperbuat daripada silikon atau latek itu akan menggetar dan lelaki akan mencapai ejakulasi.

Jika menggunakan alat itu, zakar anda terdedah kepada benda luar biasa (tak semacam faraj tulen!) dan jika ketagih, anda tidak akan dapat mencapai ejakulasi dengan isteri apabila berkahwin.
 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/19
 
/myMetro/ 

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget